Cendol Papparich Yang Lazatt

tengah dok sibuk-sibuk nak kenduri bagai, tetiba keluar entry makan kan.
apa kes?

gambar-gambar semua memang dah ada dalam draft.
dan sementelaah tengah bersenggang senggang ni, so kasik publish sudah.

minggu lepas aku ada urusan kat bandar tun razak sana.
selepas berurusan ngajak payiet & encik z makan di papparich.
sebab hati adalah teringin mau try cendol di situ.
baca blog sapa ntah hari tu, kata cendol di sini adalah terbaik. so kasik cuba.

DSCN9300

DSCN9301

tapi takkan nak datang minum cendol semata, harus makan sekali.
tapi kenapa eh menu di sini macam sudah berkurangan makanannya?
cam tak banyak choice lak. ermm…

DSCN9303
: : yiet makan ini : :

DSCN9309
: : encik z makan ini : :

aku makan ini. nasi ayam saja. kerana kelaparan nasi.
ok lately nie aku kuat makan nasi. patutlah badan bagai dipam-pam.
papparich bukan mempunyai kepakaran nasi ayam.
so ko jangan berharap nasi ayamnya sesedap nasi ayam chee meng di bukit bintang yer.

DSCN9302

dan cendol seperti yang dijanjikan. ok memang setappp.
cukup rasa, cukup manis. cukup santan. panjang kata, cukup serba serbi.
so pasnie boleh la kalau nak lelepak makan cendol ini.

DSCN9308

papparich mempunyai cawangan di serata KL.
sila dapatkan cendol anda di kawasan berhampiran anda.

14 thoughts on “Cendol Papparich Yang Lazatt

  1. hi kak mya.. i’m ur silent reader since ermm last month kot.. hehe..
    anyway, nice blog.. =)
    teringin nak gie Pappa Rich ni tapi selalu tak berkesempatan.. padahal yg outlet Setapak dekat gak ngan umah.. hoho..
    .-= Miza´s last blog ..#05 – Last minute =-.

Comments are closed.