sehari sebelum krismas kami laki bini ke bukit fraser.
nak kata honeymoon pun idok ler sangat. kerana semua pun perancangan last minute.
lagi piula aku adalah period. so tak boleh la di kira honeymoon kan?
tehtehtehteh….
tu pun nengok resort office aku nie kosong, so kasi book saja lah.
alah, apa ada hal pun duduk resort company.
oh, aku cakap gini bukan apa. sebab aku ada dengar soksek orang mengata ‘haii.. takkan si maya tu honeymoon duduk resort bank kot?’
kannnn… kekdahnya. serius tak paham, tak paham.
perlewww ke ko semedang nak carik kekurangan orang like ko tu haibattt nau? puii…
kitorang gerak agak lambat. sungguh mosturizer.
mosturizer = kelembapan. istilah yang diberi oleh apau kepada jocko gara-gara tertinggal train waktu pegi dabong kelantan ari tu.
perjalanan adalah smooth. sampai kat the gap pukul 4.15 petang.
agak malang sebab laluan naik adalah pada jam 5 petang.
so terpaksalah menunggu dengan penuh kesabaran.
waktu naik adalah nombor ganjil, manakala waktu turun adalah nombor genap yer anak-anak.
dah la tengah sakit kepala. kena menunggu plak.
harus mood sudah ke laut.
nak bergambar pun tak koserrrr…
sampai-sampai terus cari makan. kelaparan kedaung kekdahnya.
nampak satu je restoran yang terbukak lebar masa nie.
so kasik terjah sudeh. takyah nak memilih makanan di atas bukit nie.
suasana adalah nyaman dan dingin.
macam ada tanda-tanda hujan nak turun.
masa nie dok berangan camwhore sendiri.
sebab tengah jakun guna salah satu function di kamera.
kau boleh set kan dengan icon senyuman.
pastu ko tala je ke muka. lalu sengih seperti kerang busuk.
nanti dia otomatik akan snap muka kau.
magic bukan?
: : lagi sunyummmmm : :
kami makan di fraser’s piccadily cafe.
kebetulan ada set sempena krismas. so ngamik set itu.
RM30 untuk makanan western. aku sorang je la. encik z makan lain.
set western yang mengandungi mushroom soup, air oren, air kopi, karamel yang tak setapp, grilled lamb.
encik z makan nasi dengan kambing.
sejuk sejuk nie, makan kambing pun sodap.
dapat memanaskan badan uolls.
dalam set western tu, juga dibekalkan roti ala-ala garlic bread.
tapi kan.. bawang putih dilenyek letak atas roti.
mau tak berpijarrr lidah ko menggigit. eiieuiuiuuuuuu…
terus kami asingkan bawang putih tu.
tapi tatappp lidah sudah merasa semacam. isk..
lepas makan, meredah hujan ke myavi.
dan kemudian terus ke tempat penginapan kami.
pine resort sana.
malam, takde buat apa pun.
bancuh milo panas makan dengan biskut famous amous.
encik z layan TV. aku layan internet.
kemudian tidur.
diakhiri dengan gambar poyo kami berdua.
kesian…
ko tgk aku, aku tgk ko….
dok jer la dendiam..takleh wat apa2..hahahaha
berpegangan tangan je lah huhu
wah..duduk resort bank pun ada orang mau mengata ke….sudah takde keje lain ke..??….
.-= suria´s last blog ..Camne lah aku nak handle =-.
tu ler pasal. tak pehe, tak pehe
seri pengantin masih terserlah..huhu
.-= lily lotus´s last blog ..rumah belakang masjid =-.
tq tq 😉
hahaha… lawak la komen kak tini ni… period punya hal ehhh…. gambar kawasan sekitar takder lagi la.. kasik upload la.. aku tak pernah sampai fraser hill lagi.. teringin nak pi…
gambar banyak gak snap. tp banyak pun 18SX. so tak sesuwey nk dipaparkan hohoh
pg x ajak pun … (eh, tetiba plak kan i ni?)
Mya, sorry unable to attend for yr kenduri kawin ye..I balik kg…neway, tqvm for the invitation…nnt i banjer kamu berdua…SELAMAT PENGANTIN BARU!
i akan tuntut janji u nak belanja k!!
Masa pegi langkawi pun kami off.. hahaha.. tapi on jugak lah mana yang boleh..
weh kat camera kami pun ada function senyum itu.. tp kami adalah tatau kegunaannya.. rupa2nya begitu.. harus nnt gedik2 mencuba sehingga boleh menjengkelkan suami..
sila lah cuba function itu ya. pasti kamu akan gembira
amboi amboiiiii…bestnya pegi honeymoon! ni terasa mau pegi lagi nihh..ahahahahah.. 😀
.-= cikpuanezah´s last blog ..Tutorial : Protected Entry =-.
hah.. repeat ar apa lagiiii
sibbaik la opis sy takde rsort sndirik (eh nasib baik ke tu huhu) klu tak haros laaa sket2 coti redah rsort opis je hatta hanimun skalipon. ade kemudahan jgn dibiarkan sajork, nanti dikata kufur nikmat gitu…
itu roti cam roti inti garlic je. yekkkkk
.-= Masy´s last blog ..472: Sonata Jiwa Penjual Ikan =-.
dah bank bagi kemudahan kan.. gunakan je la ye dok
hahaha…kesian, piyed lah pulak kan… dpt belai2 rambut pon ok…hihiks
belai rambut, belai pipi.. jadi laaaa
gamak, kalau pakai resort company, takleh namanya honeymoon gitu erk…? ada cop honeymoon kena bayar resort taraf berbintang2 ker? heran aku manusia ni.. ko tgk kang dia honeymoon ada pakai idak resort company.. apa resort tu tuk hiasan sajer ker? waaaah, aku tolong ko emokan isu ni.. hehehehe
.-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..Selipar Ngelap Ngelip (2) =-.
amy, dia dah kawin dah pon.
honeymoon dulu dia guna resort panel office gakkk…
50% office bayar… podahh
opis da ade kemudahan resort buat ape bazir2
resort gempak2 plak tu
haaihhh aku lepas kawen mmg namo dok hotel len
unless hotel tu taraf berbintang2
iskhh ape la org yg berkata itu
mmg sian gambar last sekali tu..aku nmpk incik z geget jari
hahhaaa
.-= syana´s last blog ..Selamat pergi, selamat pulang =-.
encik z rupa paras kechewa. nasib nasib
Huhuhu…
Kak Ya mcm best je dok cni… huhuhu….
Ape pun gambar tepat ngan laptop n tenet kan hehehehe
.-= odhero´s last blog ..WordPress.com: Now on HootSuite =-.
nanti marilah kita pergi beramai2
sempat lagi tau gi honeymoon layan tenet..hiksss. tak kisah la kan ape org nak kata janji sendiri happy
yer yer saya memang happyyyyyyyy
Gambar last cam muka dedua hilang punca, balonnnnn yang penting pi tempat sejuk, suka tau uolls hahahahahah
.-= Payiet82´s last blog ..Zoo Tepeng Nite Safari yang menggerunkan =-.
hilang punca peginya.. mek mmg suka tempat sejuk.
pantai dan laut me dont loike
aku juga ke sana selepas kalian menghuni C18 itu ! 🙂
kisahnya…
honeymoon kisahnya..tp last pic tuh..nyudahnya dua-dua wajah mengigit jari jer la..hehehe 😉
.-= Nur´s last blog ..Suka suki hati ko ye….hangin tui aku! =-.
kan. pasrah pasrahh