Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for January, 2010

Ke Thai Fair Lagi

posted by:

semalam saya dan suami pergi thai fair.
alah dekat je pun dengan rumah saya. kira sebelum sampai ke rumah, akan bertembung dengan kawasan ini dulu.

sebelum tu kan, saya dah berjanji dengan suami mau ke pasar malam.
kiranya malam tadi punya dinner sepatutnya adalah juadah dari pasar malam.

tapi, ketika myavi menghampiri kawasan thai fair, saya telah bersuara.
‘encik z, boleh tak kita stop kejap dekat sini. ada orang kirim barang lah’
dia pun berkata ‘ok’ lalu memusingkan stering memasuki kawasan kejadian.

rupa-rupanya saya mempunyai agenda lain.
saya telah menjenguk-jenguk ke tempat jualan makanan.
lalu berbisik-bisik dengan diri sendiri.
itu adalah strategi saya. sebenarnya saya nak makan tomyam!!!

saya sebenarnya dah banyak kali ajak dia makan tomyam kat sini, tapi dia namo berhenti.
dia tu makanan pelik-pelik sikit memang tak makan.
dan saya saspek dia adalah kurang berkenan dengan tomyam di sini barangkali.

saya rasa dia adalah simpati dengan saya, lalu dia bersuara ‘normaya, kalau awak nak makan tomyam, makanlah. nanti saya tapau KFC je. tak payah pergi pasar malam’

wah, seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
terus saya berlari ke arah tempat makanan lalu dengan gelojoh mengorder 3 hidangan. heeee…

cuba lihat mangga itu. sungguh debab dan montel bukan.

DSCN9994

saya yang mencomot tapi tatapp mau makan tomyam.
*saya tidak tau apakah relevannya.

DSCN9995

3 hidangan yang saya ambil ialah tomyam bihun, kerabu mangga & mango rice.
semuanya setappp sehingga saya rasa ingin pitam.
pedas tak usah cerita lah kan. air mata, air hidung semua keluar.

DSCN0003

saya yang masih mencomot. jemput makan anak-anak.

DSCN0002

lepas makan, baru saya pergi beli barang yang officemate saya pesan.
eh, memang betul la ada orang kirim barang.
apa korang ingat saya propah suami saya kah? eh not good ok.

DSCN0004

saya tak pasti la bila thai fair nie berakhir.
tapi sesiapa yang duduk berdekatan area nie, boleh la pergi menjenguk.
dari mcdonalds jalan pahang ——> courts mammoth ——-> terus je.
thai fair nie sebelah kiri jalan.

baju murah-murah tau! selamat shopping dan selamat makan! ;-)

Majlis HariJadi Kecil-Kecilan bersama Warga MyClear

posted by:

DSCN9935

tibalah hari lahir saya yang ke 31 tahun.
buat la sikit majlis makan-makan kecil-kecilan gitu.
terima kasih sangat-sangat kat kak as sebab dia la yang bertungkus lumus buat itu ini. tq kakak! :D

haa thank u jugak pada kak ejan sebab dia pun tolong menyusun makanan.
dan paling terbaik adalah air teh o buatan beliau. terbaik kak ejan!

DSCN9936

dan antara makanan yang disajikan.
mihun goreng, sagu gula melaka, buah oren dan lagi 2 jenis kuih yang aku tatawu apakah namanya.

foodbdae

majlis juga menjemput 3 orang luar untuk hadir ke majlis ini.
iaitu kaktin pon pon, payiet dan encik z.
tapi sudahnya dekat pukul 11 pagi baru payiet muncul. apakah?

DSCN9934

DSCN9937

DSCN9938

DSCN9940

dalam masa 5 tahun aku berkerjaya kat sini kan, tak pernah sekali pun aku belanja kawan-kawan office makan.  jahat kan aku? hu hu.
so rasanya sempena birthday aku nie lah, masa yang sesuai kot.
ada jugak yang kata, ni ala-ala majlis resepsi kahwin aku. boleh? balooon..

antara mereka yang hadir.
warga MyClear yang berkhidmat dengan penuh gemilang, cemerlang dan terbilang. ecehh..

DSCN9942

DSCN9945

kami yang sedondon di hari itu.
eh, tapi takde pun la berjanji nak pakai baju putih.
instinct katanya. walaupunnnnn..

DSCN9944

kadmyclear

thank u pada semua yang terlibat yer…
saya sudah 31 tahun yer. bukan 18 tahun. hikss…

Dinner Birthday Bersama BFF @ William

posted by:

malam sebelum hari jadi punya cerita.
ernie bersungguh ajak aku makan kat william.
actually dah lama dah dia dok ngiyau ngiyau nak makan kat sini.
tapi katanya memasing dah la duduk sorang di selatan, sorang di utara.
payah la nak adjust masa nak gi sini.

takut jugak aku kang tak sampai lak hajat mak buyong nie nak makan hasil masakan pakcik william. ngidam nanti.
so malam tu kasik redah jugak la kitorang.

nie kali ke berapa ek aku datang sini?
ermm.. tak silap kali ke 6 camtu kot.
so ala-ala dah terror jugak la nak order itu ini. heee…

DSCN9903
: : menu of the day : :

ernie minum mango blended. aku lak tembikai blended dan buah laici.
fuhhhh… heaven!
tapi ada ke patut encik z dengan fad pi order kopi ok sajork?
apakahhh??? tak releven okkk.
seolah-olah seperti kau pergi starbucks lalu kau mengorder cendol.
tak sesuai kan?
tapi dah kata tekak diorang, so sokati korang la nak minum apa.
jangan minum todi sudehh..

DSCN9906

bab mengorder makanan, harus serahkan kuasa mutlak pada aku.
malam tu kami semua berkongsi kasih makan seafood risoto & nasi goreng ketam.
tempting gila derrrrr…

DSCN9907

DSCN9904

pada sesiapa yang masih belum menjejakkan kaki ke sini, dipersilakanlah yer.
kau pasti terkagum-kagum dengan makanan yang ada.
dan inilah buktinya kerakusan kami berempat kayak anak-anak ikan piranha.

DSCN9911

dah lepas makan, tak semena-mena ernie keluarkan kek dengan birthday card.
wawawiwiwuwu. memang tak sangka ok.
ingatkan kitorang keluar nie nak makan-makan sajork.
heee… inilah yang dinamakan rejeki berganda. ewah

DSCN9908

sedih pulak aku baca tulisan makcik nie. hu hu hu.
sebab aku selalu merasa merendah diri dan tak pernah rasa dapat menjadi seorang kawan yang baik.
mungkin sebab aku pernah menggagal satu ketika dahulu.

dulu pernah mencuba. dan yakin telah berjaya.
tapi rupa-rupanya aku gagal. seorang sahabat yang telah mengeluarkan aku dari hidupnya. tanpa kompromi.

tak mungkin kerana sayang, hanya kadangkala aku terkenang :-( :-(

kadernie

dushh dushhh ok tersedar dari lamunan.
seterusnya adalah aktiviti bergambar, meniup lilin, memotong kek lalu memakannya.

DSCN9910

DSCN9914

aku melarang keras mereka bernyanyi-nyanyian.
kerana aku adalah keseganan. tapi sejak bila lah????
selalu kalau birthday orang, kemain lagi aku paksa nyanyi-nyanyi.
ni bila turn diri sendiri, adalah malu. ememmememe..

DSCN9916

DSCN9917

DSCN9918

nasib baik cuma ada sesi suap menyuap.
kalau ada sesi mencalit kek di hidung dan pipi, bagaimanalah?
harus terbalik semua kerusi meja kat william tu.
nasib baik ernie adalah behave di malam itu.
kalau tak, dia lah ratu mencalitkan kek ke muka orang. heh.

DSCN9922

macam tak ikhlas je laki mak suapkan kek tu?
cam kena paksa jer. eh bukan memang kena paksa ke? gagagaga.

DSCN9920

aksi tak berapa nak lucah memakan buah ceri.
uuuuuuu… manis melecas. i like.

DSCN9924

diakhiri dengan wajah mereka yang berkebetulan memakai tshirt dari rona yang sama. wah, rona katanya. macam artikel dalam majalah anjung seri pulak kan? heee…

mereka yang memberikan cinta & harapan.
wah kannn *sila lempang aku bertalu-talu :p

DSCN9925

: : dedua berwajah porque : :

ok dah tu jer.