Wanita Cantik

DSCN8745

dari kaca mata kau la kan, apa definisi cantik yang sebenarnya?
aku google. lalu bertemu dengan entry ini.
yang mana aku rasa pendapat beliau adalah sangat haibatt..
kau boleh klik link itu jika mau membacanya ya.

aku dah lama tak jumpa dengan wanita cantik.
i mean yang rupa parasnya memang cantik.
i’m not talking about dalaman as semua orang selalu kata, biar tak cantik luaran, tapi cantik dalaman.
ini yang bila kita tengok wajah dia, terus terdetik WOW! CANTIKNYA DIA!!

ada beberapa kategori bila disebut tentang cantik nie.
ada perempuan yang memang cantik rupa parasnya, tapi dia biasa-biasa saja. bila dipuji, akan cuma senyum dan berkata ini semua kurniaan Allah.
bermaksud dia betul-betul seorang yang merendah diri.

ada pulak kategori perempuan cantik yang memang tau diri dia cantik.
jadi ada sedikit berlagak dan macam bagus.
orang yang tak cantik dikritik dan dipandang sebelah mata.

tapi yang paling tak boleh blaa bila dia memang tak cantik, tapi confident dia adalah cantik. bagaimanalah itu?
tapi aku bagi pujian pada yang tak cantik, tapi pandai membuatkan dirinya cantik dengan pemilihan pakaian dan pembawakan diri yang sesuai.
tak cantik pun akan jadi cantik.

aku pernah kenal seorang kawan.
mula-mula pandang rupa paras dia, aku cam terkesima.
memang cantik! kira first time la aku jumpa orang yang cantik begitu.
lalu kami berkawan.
tapi bila asyik diminta puji, asyik up up away dirinya cantik, jadi rimas jugak aku nie.
asyik-asyik tanya soalan dia “betul ke aku ni cantik?”. heh.

dan orang yang kedua aku bertemu, yang aku boleh klasifikasikan dalam kategori cantik di ranking tertinggi ialah shida.
shida wife ali aka kekasih kiut aku tu.
macam tak jemu-jemu mata memandang.
aku yang perempuan nie pun boleh kata cantik, kalau lelaki kata tak cantik, taktau la aku kan. rabun perempuan agaknya lelaki itu.

so kesimpulannya, kalau kau tu cantik, relax relax sudah.
tak perlu la nak dambakan pujian setiap masa.
kalau kau cantik, tapi kau poyo pun takde guna jugak, ye dok?

last but not least, korang rasa aku cantik tak? *larikkkkkk

6 thoughts on “Wanita Cantik

  1. btl la maya..shida tu mmg cantik
    dah la cantik..baik lak tu…
    walaupun br pertama kali kenal ngan dia sbb satu ward..dah rs selesa dah ngan dia..
    dah la time tu baru je pas bersalin..tu pun dah nampak cantik..
    mmg natural beauty la..kalo laki ckp tak cantik..
    tak tau nak ckp apa dah..

  2. ko mmg canteeeekkkk…. aku sedar dr dolu3333 lg….. tp shida lg cantik…. + sweet3333 gitu…. untung kekasih cute akak ali ittew…. jage elok2…. takut nanti dikebas org…. huhuhuhu
    .-= Ernie´s last blog ..Khasiat makanan…… =-.

  3. well written!!!the true definition of beauty is when you dont have to claim that you are. people will see beneath you. whats more important is the inner beauty, nothing else

    p/s: shida sila belanja maya. i lap u shida
    .-= Nana´s last blog ..Gotta Live Like We’re Dying =-.

Comments are closed.