Undangan Majlis Perkahwinan

INI ADALAH STICKY MODE.
SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY TERKINI.

korang,

aku ada benda nak cakap nie.
tapi aku taktau la sama ada patut cakap ke tak.
kira ala-ala cakap salah, tak cakap salah. begitu.
tapi aku decide mau cakap jugak la..

korang pun dah tau yang aku dah selamat bernikah pada 5hb disember yang lepas kan?
dan pada yang taktau, ini adalah perkahwinan kedua aku.

kenduri sebelah aku insyaAllah akan diadakan pada 2hb januari 2010 nanti. di taiping, perak.
dan kenduri sebelah encik z kami tak buat.
kalau kata buat sok pun, mungkin cuma kenduri doa selamat untuk saudara mara terdekat dan kawan rapat sahaja.
means, kenduri yang korang boleh attend kat taiping saja lah.

aku buat statement gini bukan apa, coz ramai cam tanya belah encik z. dan ramai yang kalau boleh nak gi belah encik z, sebab rumah nya di KL.

seterusnya, jemputan.
terus terang aku cakap, yang jemputan aku memang terhad.
aku takmo la beria-ria jemput semua orang, ujung-ujung korang datang, makanan tak cukup.
tak ke aku dicerca nanti?

aku dah habis invite rakan-rakan terpilih di listing YM aku.
kat facebook pun sudah. pun yang terpilih.
tinggal lagi nak tunggu kad jemputan siap, pos pada kawan-kawan dan pass by hand pada kawan-kawan office.

so di sini aku nak susun jari 10 mohon ampun dan maaf pada yang tak dijemput. aku harap korang faham sesangat k..
aku cuma insan biasa yang tak dapat nak memuaskan hati semua pihak.

tapi… ha.. ada tapi jugak.
macam aku tulis kat atas nun. kenduri aku di TAIPING. pada 2 JANUARI 2010.
katakan la korang memang dah ada plan, yang kebetulan memang korang berada di taiping.
atau pun korang memang nakkkkkk sangat tengok aku menjadi pengantin baru yang tak berapa nak baru, korang email je alamat korang. insyaAllah aku boleh pos kan kad jemputan.

last but not least, pada yang dah dijemput tu, sila hadir okkkk…
tak hadir kalu, awasssss… *tetiba samseng.

dan. doakan kebahagiaan aku dan encik z.
terima kasih semua! 🙂

28 thoughts on “Undangan Majlis Perkahwinan

  1. erkk ako dijemput tak ek? hehehe pape pun Tahniah! Tahniah! Moga kekal ke anak cucu AMINNNNNNNN….. 🙂

    • ayat 1st tu takde la aku kesian sgt.
      tapi ayat last tu.. tanpa laki u.. takpe la, klau ko tak dpt dtg. aku paham. tapi hadiah jangan lupa haaa *lariiiiii

  2. weyh..amaran kerass ok kepada yang dijemputt…hahahah…insyaAllah…memang hajat hati aku…bukan aku jer..sekeluarga aku nak dtg jumpa ko sekeluarga….this may be the perfect time..sbb jumpa keluarga baru yang ko bina…hahaha…see u…

  3. Salam kak Maya,

    dikesempatan ini wanie nak ucapkan “Selamat Pengantin Baru”,
    semoga berbahagia bersama yg tersayang buat selama-lamanya…

    Akk mcm kak VP yer suka warna PINK….
    .-= cik wanie´s last blog ..MaaL HijraH…. =-.

  4. selamat penganin baru buat teman seperjuangan. moga2 dimurahkan rezeki. dapat nak seramai team bola. baru best…

    anyway, salam maal hijrah.

    maner kad jemputan….

  5. nak pegi kenduri maya ..yehuu…insyaAllah kalau maya jemput aini dtg k..kebetulan aini pun balik kg..

Comments are closed.