Rumah Api Tanjung Tuan

December 22, 2009

DSCN9024

dari mini zoo, kami ke rumah api tanjung tuan.
haaa kat sini lah peristiwa porque telah terjadi.
yang hari tu aku ada letak status kat facebook.

kitorang panjat je la tangga yang tinggi itu.
keliling rumah api tu ada la pagar. pastu encik z cam goyang-goyangkan kunci tu.
ingat kot boleh masuk ke kan…
tetiba keluar la sorang mamat nie dari rumah api itu.
aku saspek dia adalah penjaga rumah api tersebut.
tak semena-mena dia sound encik z cam seolah-olah encik z nak menceroboh rumah api itu.

bahasa dia mak aiiiii kemain la kurang hajauuuuu nya.
mana la kita nak tau tak boleh masuk dalam rumah api itu.
papan tanda yang ko pi letak kat belah kiri apa ke he nye yeop?
cer cabut dan letak bebetul depan pintu rumah api tu.

haaa… dia sound cam bagus-bagus je. bukan ko tak boleh cakap elok-elok, kan?
tak pernah sekolah? tak belajar moral? tak belajar sivik? puiiii…
ko ingat kitorang hadap nauuu nak masuk rumah api ko tu? hekkk!!

ikut aku kan, nak je aku harokkan mamat tu.
setakat jadi jaga kat rumah api, tak payah ler ko nak berlagak macam rumah api tu ko yang punya.
tapi sib baik encik z cam bertahan sabar. mama pun dah hangin gak masa tu.
siap mama kata ‘agaknya orang melaka memang peel gitu kot.  kasar’
jangan speku dia orang melaka ma. ntah-ntah ke orang taiping. heee..
tapi kita orang taiping baik-baik kan? kan? :p

DSCN9025

DSCN9026

DSCN9027

DSCN9029
: : signboard kedaung : :

masa nak turun plak, ada sorang mamat india tu sound kitorang.
katanya nanti bila turun, tolong tutupkan gate kat bawah tu.
sebab ikutkan, tiada kenderaan dibenarkan naik.
tapi memang bagus mamat india nie.. dia cakap very berbudi bahasa dan sopan santun.

aku pun jawab la kata masa kitorang naik tadi, gate terbukak jer.
tu yang ingat boleh masuk. pastu aku say sorry.
dia cam angguk dan senyum jer. haa gitu la. kata 1 malaysia.
budi bahasa kan budaya kita.
awasss si penjaga rumah api. aku doakan ko jadi penjaga rumah api seumur idup ko.

DSCN9032

DSCN9035

masa kitorang naik, gate ni memang terbukak.
patut ler tak nampak sign kenderaan dilarang masuk tuh.
apa ke bijak nauuu orang yang buat signboard oiiiii…

so korang yang berangan nak pegi sini, sila lah menapak yer.
tapi kalau aku, memang tak sanggupppppppp oiiiiii….

DSCN9037

14 Comments




Comments

14 Comments so far

  1. Payiet82 on December 23, 2009 8:25 am

    apa ayat mamat ang kuang hajau tu nyah? Mek dah lapan belas kali berjoging panjat umah api ni, tak pernah merasa naik kete uolls. hehehe kalo pi waktu sunset, pemandangan adalah superb manthop.

    [Reply]

    mya Reply:

    dia kata en z nak ceroboh masuk dlm rumah api tu. gila kaaa..
    aku takkan jogging panjat nyah oii.. pitam berguling-guling nanti

    [Reply]

  2. Nur on December 23, 2009 9:46 am

    maghaikkk (gigi gigit jari nih)..tattot ai dengar doa ko mya pada budak umah api tuh..forever job ker doa muktamad ko kt budak tuh?..hahahaha! Ape2 pun yang penting budi bahasa budaya kita & senyummm ;)
    Nur´s last blog ..Semalam yang menyedihkan hatiku.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    mya Reply:

    bukan budak ok. dah kertu orang tu. mmg elok pun dia stay kat situ sampai pencen

    [Reply]

  3. TiNiE on December 23, 2009 3:40 pm

    gambo las tu…
    cute jer yaya nak cuba tiru aksi mommynyer…
    sudahnyer jari tuding kiri kanan…hihihhi
    TiNiE´s last blog ..coklat sedap menjilat jari My ComLuv Profile

    [Reply]

    mya Reply:

    tu ler tu. jenuh nak ngajo dia

    [Reply]

  4. lily lotus on December 23, 2009 4:54 pm

    yang mamat india tu dari melaka..yang mamat kurang ajau tu dari kepulauan sengal..
    lily lotus´s last blog ..Alamandot..haha My ComLuv Profile

    [Reply]

    mya Reply:

    akak pun syak gitu

    [Reply]

  5. Masy on December 24, 2009 10:44 am

    fuh tatau plak tanjung tuan ni kat melaka, boleh? wakakakak giler giler.. sbg org melaka, sy harap2 bkn org melaka la org tu. tp klu ye pon, mebi dia kekurangan kasih sayang bini kot. yelah.. dah keje kat situ je. hehehe
    Masy´s last blog ..468: dan padaku ditanya kenapa.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    mya Reply:

    akak pun ingat kawasan negeri sembilan. rupanya melaka.
    masy jangan kecik ati nooooo he he

    [Reply]

  6. faizah on December 24, 2009 2:42 pm

    pegi jugak last wkend tapi gate adalah tutup.
    punah harapan. balik begituan sajorkk..huhu

    [Reply]

    mya Reply:

    sebab dah petang kot gate tutup?

    [Reply]

  7. sWeEtDaRLinG on December 24, 2009 3:14 pm

    semua serba tak leh masuk.. baik tak payah buat tempat pelancongan…
    sWeEtDaRLinG´s last blog ..PENTING: Penama Insurans/KWSP/Wang Simpanan – Sila Baca My ComLuv Profile

    [Reply]

    mya Reply:

    tu ler pasal. nyakitkan ati jer

    [Reply]

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind

CommentLuv Enabled