Rawak

quick update eh.
lepas ni tak der update baru agak lama. tak sempat laaa.. membz ke sana ke mari.

rawak 1

aku pergi berurut semalam. kat maju theraphy zone, maju junction.
orang buta yang urutkan. aku urut satu badan plus kaki juga. sangat best ok.
satu jam setengah = rm70.
kalau ada sesiapa berminat nak ke sini, boleh buat appointment call 03-2693 3523.
atau boleh walk in terus kalau weekdays. business hours start kul 10 pagi sampai 8 malam.
lokasi tempat nie adalah di LG floor. berdepan dengan kenny rogers.

budak yang urut tu kata aku nie banyak stress.
masa dia urut ibu jari kaki, itu untuk urat saraf dan kepala.
perghhh… sakit. berbunyi bunyi dia tekan.
harap dah lepas urut nie, migraine aku boleh la kurang sikit kot ek?
sebab last week 4 hari berturut-turut aku sakit kepala. hu hu.

rawak 2

persiapan untuk kenduri aku sabtu nie rasa-rasa cam 90% dah ok kot.
tinggal lagi la nak touch up dan top up here and there. patutnya aku balik taiping pagi nie.
tapi encik z tah apa aje urusan dia nak buat itu ini. so aku masih di jasmine.
nak pi cari baju kebaya yaya lagi, pastu ada la a few things nak settle kat KL.

aku sign off sini dulu. kita jumpa kat taiping nanti k? 😉

12 thoughts on “Rawak

Comments are closed.