Malam Pertama Yang Tak Menjadi

sepatutnya plan aku nak ke firdouse malam hari aku menikah tu jugak.
errmm.. konon ala-ala mengimbau kenangan. katanya kannnn…

tapi dek kerana kerenah birokrasi, rancangan itu telah terpaksa dipostpone.
dan cuma berjaya direalisasikan pada malam ke 8. hohoh.

DSCN9151

restoran firdouse nie letaknya di segambut sana.
kenapa dan mengapalah aku bersungguh mau ke sini?
owh, bukan sebab encik z melamar aku di sini ya.
tapi sebab first time aku keluar dating dengan encik z, beliau telah membawa aku ke sini.
haaaa romantik tak, first dating makan kat kedai mamak?
*ketawa dalam tangisan

dah canggih firdouse skang. sudah ada wi-fi.
masa aku memula pergi dulu. adalah nan hadoo.

DSCN9148

aku minum milo ais dan makan roti bakar.
walau ke mana pergi, milo ais mamak jugak laaa yang terbaik bagi diriku.

DSCN9138

selain dari roti bakar, aku jua mengorder 2 biji telur separuh masak.
pun mengada ala-ala teringat kenangan lama gitu.
masa first dating tu jugak, aku makan telur ini.
dan encik z jua yang mengopek kan kulitnya.
masa tu rasa blink blink. gentlemen nya diaaaaaaaa….
waktu tu je la pong. sekarang? ok ok laa.. :p

DSCN9139

aku tau aku adalah poyo siap nak ngamik step pecahkan telur segala.
but, like i care? hekk…

DSCN9144

DSCN9145

DSCN9146

sedap nya kan makan telur separuh masak nie?
ke ada yang tak lalu? rugi la koranggg. hilang satu nikmat donia.
sila bubuh kicap dan pepper untuk mendapatkan hasil orgasma berganda.

DSCN9147

DSCN9149

aku dedulu kan, masa nak ngorat encik z kan…
aku siap tanya dulu adakah beliau sudah mempunyai girlfren.
bila dia kata dia takde girlfren, barulah aku memulakan langkah gitu.
yer yer, memang aku yang menggatal dulu.
siap sms dan email kata aku suka kat dia. sungguh tak tau malu bukan?

haaa tapi kurang-kurang aku menagih kasih pada yang bujang yer.
kalau dia kata dia ada girlfren, harus aku tidak akan mencaras.
not good uolls nak caras-caras boyfren orang, apa lagi laki orang.

sekarang nie aku kira dah takde dah terma pergi mencari timba.
kalau kena gaya dan ketikanya, insyaAllah kau akan bertemu jodoh.
tapi kenalah berusaha dan kemudian bertawakal. pasti ada jalannya.

tapi, kalau lepas kata ko luahkan perasaan kat seseorang tu, then orang tu reject ko, ko janganlah pulak give up lalu memutuskan persahabatan.
dalam percintaan, tak boleh ada paksaan. ye dok?
mungkin tak sesuai jadi pasangan kekasih, tapi masih boleh berkawan.
dunia nie kan luas. bumi nie kan bulat.
pasti banyak lagi ruang untuk kita mencari cinta yang bertasbih……… 😉

6 thoughts on “Malam Pertama Yang Tak Menjadi

Comments are closed.