Last Minute Punya Kerja…

21 november hari tu annual dinner kat office aku nie ha.
seperti kebiasaannya, aku ni mesti poyo poyo jer nak beli baju baru lah, nak buat rambut lah, nak buat mekap lah.

tapi tahun nie cam mood agak slow arh.
tak fikir langsung pasal persediaan semua.
jadi buat kerja last minute, paham-paham jer lah.

pepagi keluar rumah, gi breakfast kat ali maju.
sesambil berfikir mana nak mekap dan carik baju.
tapi first thing first, pergi buat threading kat rampai business park ni gak. tapi tak sebest buat kat jalan TAR arh.
aku buat eyebrow dengan upperlip jer.
nikah sok, baru buat satu muka. heh.

dari situ, balik jasmine packing-packing barang.
terus gi saloon kat sri rampai. cuci rambut lalu dicurl-curl kan.
kemudian ke jaya jusco wangsa maju.
ingat nak mekap kat elianto jer. tapi situ tak buat mekaplah pulok.
lalu ke bodyshop.
beli produk RM150 ke atas, lalu diberi mekap free.

My Mya015

selepas mekap plak, terus ke maju junction.
ke nichii lalu mencari baju bersesuaian. nasib baiklah ada dan harga pun reasonable gitu. beli.
terus pulak ke melur. sudah janji mau pergi together-gether dengan netty dan sheena.

agak lewat kami bertolak.
nasib baik menaiki BMW yang lajuuuu itu.
kannn.. merasa mak feel feel orang kaya duduk di belakang.
drop kereta kat traders hotel, lalu terus ke hall tempat dinner berlangsung.

gitulah kisah last minute saya yang very not good untuk dipraktikkan selalu. sekali sekala adalah tidak mengapa. hiks..

12 thoughts on “Last Minute Punya Kerja…

Comments are closed.