Ke Satay Station

DSCN9239

hari selasa lepas aku gi satay station. buat apa gi satay station?
of coz la nak makan uolls. takkan nak pi bakar satay lak.
ish ish ish.

plan asalnya nak celebrate bdae payiet. tapi ujung-ujung tinggal aku dengan encik z jer.
ko memang tau nyahhh. saja buat mek gini.
mencikk taww… opsss.. benci. :p

so kekdahnya aku dengan encik z proceed je la plan ke sinun.
aku saspek encik z sudah penasaran mau makan satay.
first time kami nak ke sini. harus sesat barat utara selatan.
sampai berantakan dalam kereta gara-gara nak cari satay station itu.

tapi berkat kesabaran suami isteri yang yo yo o ini, sampai lah jugak ke tempat dituju.
memang susah oiiii nak cari sebab tempatnya adalah rumah orang yang tersembunyi.
tapi kalau kau mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi untuk makan satay, pasti akan berjumpa.

sampai je kat tempat kejadian kan, aku adalah menggetik mau duduk dalam rumah.
so masuk. tapi pastu rasa segan dowwww…
sebab macam masuk rumah orang yang buat open house.
ada dalam 5, 6 table gitu.

tapi rumah itu adalah cantik dan very the unik.
cer tengok gambar bawah nie. siap ada tv segala.
pastu duduk bawah lak. tak ke rasa macam pergi rumah orang?

DSCN9221

dan buat pengetahuan kau, kat sini cuma disajikan satay dan mee rebus saja. jangan kau gatal nak order western ke, nasi goreng ke.
buat kena cerca je nanti.

DSCN9222

: : mee rebus adalah sungguh lazat sekalik : :

DSCN9223
: : epal asam boi yang setappp. sesuai untuk aku yang selalu meloya lately nie : :

DSCN9224
: : satay daging dan ayam, nasi himpit, timun dan bawang : :

DSCN9228
: : close up satay : :

masa dok tengah stim stim makan satay, tetiba ada plak budak-budak dok main lompat-lompat kat belakang.
eieiieieiie pantang hakuuuuu.
sib baik bukan anak aku. kalau tidak… grrrrrrrr…

DSCN9229

dan jangan tak caya, dato siti nurhaliza dan datuk k pun pernah datang sini makan.
gambar diorang je satu album uolls.

DSCN9230

aku paling mengkagum dengan beg LV tokti berwarna gold itu.
cantik meletup letuppp kababoom.

DSCN9237

diakhiri dengan saya berpose di tepi tingkap.
yer, saya yang mencanak-canak kegemukannya. heh.

DSCN9238

14 thoughts on “Ke Satay Station

  1. salam kak maya…
    nak tanya sedap x mkn kat situ,
    pastu murah x???
    sbb ingat bila wanie trun sana,
    wanie pun nak try mkn kat situ….

    mesti sedap kan sbb TOK TI pun mkn kat situ kan…:)

    • salam wanie..
      satay2 itu sangat sedap. seriusly. daging dia cam lembut jerrr..
      takde la rasa nak tersangkut kat celah gigi ker.
      mmg akak cadangkan awk gi try situ k.. 🙂

    • haaa pastu jgn lupa review kt blog tau. tp akak jamin mmg awk pun akan setuju kata sedap.
      daging nya lembutttt

Comments are closed.