Dec
22
Ke Kota & Muzium Lukut
December 22, 2009
dari teluk kemang, cadangnya nak ke muzium tentera darat.
tapi malangnya, muzium nie ditutup setiap hari isnin dan selasa.
iskk.. malang nasib kami di hari itu sebab hari itu adalah hari isnin.

lalu meneruskan perjalanan ke muzium lukut.
sedikit info tentang muzium lukut dipetik dari wikipedia.
Muzium Lukut’ terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan 78 km dari Kuala Lumpur.
Muzium Lukut secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai pada 9 April 1999 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad. Objektif kewujudan muzium ini ialah sebagai tanggungjawab bagi memulihara warisan sejarah negara dan memaparkan sejarah Lukut dari kurun ke-19 hingga 1880 iaitu sehingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Muzium Lukut dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari secara percuma. Muzium Lukut mempunyai beberapa galeri pameran antaranya Galeri Sejarah Lukut, Galeri Negeri Sembilan, Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional dan Galeri Nassau (kini ditempatkan pameran sementara Pameran Herba mulai Mei 2008).
Muzium ini dibina di Lukut kerana terdapat sebuah kota/kubu pertahanan yang penting satu ketika dahulu. Pelbagai artifak telah ditemui di sekitar kubu ini.
Kubu ini merupakan monumen sejarah yang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Pelbagai koleksi dan tokoh terbabit dalam sejarah Lukut dijelmakan semula dalam bentuk ilustrasi, gambar dan artifak. Kota ini menunjukkan bangsa Melayu mempunyai tamadun yang membanggakan.Kini Kota Lukut telah dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Warisan Negara. Jabatan Muzium Malaysia (ketika itu Jabatan Muzium dan Antikuiti) dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan membina sebuah muzium berhampiran Kota Lukut. Muzium ini dibina untuk tatapan masyarakat tempatan, pelancong asing, pelajar dan penyelidik sejarah. Segala urusan dan pentadbiran serta program Muzium Lukut telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Muzium Malaysia.
yaya pun seperti mommynya.
tiap kali masuk dalam kereta, pasti mata tu layu dan kuyuuuu jer nak tidur. hu hu.

sila tandatangan buku tetamu sebelum masuk.
oh, masuk adalah percuma yer anak-anak.

masuk dalam muzium lalu mengkagum dengan sejarah kisah lama negeri sembilan.
yup, saya adalah seorang yang mencintai sejarah.
kerana tanpa sejarah, tak mungkin kita berdiri di mana kita berada sekarang.







mengapalah encik z kelihatan seperti raksaksa gorgon dalam ini gambar?
dan rambutnya. yer betullah macam doktor rozmey jusmate 5 tu. huahuahua.


kota lukut ada di sebelah atas bukit sana.
kena menapak boleh la tahan jauhnya.
harus aku tak berapa nak larat. dengan panas menyucuk nyucuk.
simpan je la niat tu dulu.
lain tahun datang PD, insyaAllah aku akan panjat itu kota lukut. heh.

Comments
8 Comments so far




wah kena sign bagai… cam kat muzium kuala kangsar yg kiter gi solu2 tuh…
Ernie´s last blog ..Badminton…..
[Reply]
mya Reply:
December 27th, 2009 at 1:34 pm
ya benar
[Reply]
iskhh apesal aku gi PD tak nah gi tempat gini
haaihhh asyik la dok ngadap lauuuutttt
after ni kena torai gi muzium sana
[Reply]
mya Reply:
December 27th, 2009 at 1:33 pm
haaa ajak cocoi pi pasni
[Reply]
tak terpikio lak teman nak pigi ini muzium, harus terai pasnih
[Reply]
mya Reply:
December 27th, 2009 at 1:32 pm
haaa ajak fazirah & ibam gi
[Reply]
bestnya pegi tempat melawat camnie yg leh bukak kasut..sudah penat berjalan leh gak buat rengangan kaki..;)
Nur´s last blog ..Semalam yang menyedihkan hatiku..
[Reply]
mya Reply:
December 27th, 2009 at 1:29 pm
yang penting ada aircond
[Reply]