Dec
11
Hi Tea & Preview @ Sasana Kijang
December 11, 2009
peristiwa ini adalah terjadi kira-kira kurang 2 minggu sebelum aku bernikah hari itu.
ada hi tea & preview kat bangunan sasana kijang.
ermm.. sasana kijang tu apa eh?
aku copy nie dari wikimapia.org
Sasana Kijang = BNM Financial Services Resource Centre Complex, Offices, Convention Halls, Educational Institution & Museum.
sekalian dengan pembahagian The Central Bank of Malaysia Act 2009 yang ditandatangani oleh gabenor.
aku pergi dengan kak as, remember & hasinah.
sampai-sampai di tempat kejadian, mata aku tertancap pada ’satu keadaan’ yang membuatkan darah terus naik ke kepala.
betul lah orang kata, dah hampir-hampir nak menikah, lagi haibattt dugaan yang mendatang kan.
aku takde apa nak kata sangat la.
cuma, kepada perempuan itu. go and get better life la.
sudah-sudah la tu mengganggu gugat hidup orang lain.
ko boleh tipu masyarakat keliling.
tapi boleh ke ko tipu diri sendiri?
selamat ke hidup ko buat gini?
fikir-fikirkan lah…

: : encik z macam biasa lah. bertugasan sesadoo : :

: : hasinah, remember, kak as, mya : :

: : staf yang meramai : :
agak-agak apa la yang staf semua dok tenung menenung tu kan.
ingat tak lagi entry aku dulu, yang encik z amik gambar aku dulu tu?
ala, kalau tak ingat korek la entry lama.
kalau malas, tak payah la.
tapi yang pasti gambar yang encik z snap itu sudah dipaparkan di sasana ini. tak tau la untuk selamanya or sementara.
setiap dari staf pun semua muka ada terpampang di sini.
nampak tak gambar aku?


: : semua sibuk nak tengok gambar, aku plak sibuk nak bergambar. heee : :

: : eh eh. aku lagi? :p : :
haa kasik close up sikit.
jangan marah, gambar aku agak besar.
dan yang pasti lagi besar dari gambar JM.
matikk la sexytary mencaras bos sendiri kan.
tumpang lalu, JM..

lepas tu ada sesi makan.
makanan adalah super duper banyak terlampauu.
tapi yang paling haibatt pastilah daging kambing ini.
perghhh… setapp menjilat siku..
me loike kambing.



: : remember yang bermuka merah kerana keseganan duduk disebelah AGNSY : :
selepas makan, kami buat tour keliling sasana ini.
kiri kanan kaca sesado. termasuk lah lif.
hati adalah cuak semasa menaiki lif kaca itu.

: : pandangan dari dalam lif. takooot : :

: : kami yang cuak : :


: : dalam conference room : :

: : dalam toilet : :
toilet adalah cantik dan menawan.
kira ko boleh feel feel duduk termenung dalam toilet tanpa perleww risau bau bauan atau pemandangan yang tidak enak.

: : sut putih yang sangat saya sukaaa : :

sebelum pulang.
harus tidak melepaskan peluang untuk amik tandatangan gabenor pada buku The Central Bank of Malaysia Act 2009 itu.

: : menunggu giliran : :

: : moments yang indah! : :

yang nie plak signature CEO myclear.
aku mintak dia sign kat depan, sebelah gabenor tu.
tapi dia nak gak sign kat bahagian dalam.
katanya dia punya section. gitu.

demikianlah kisah hi tea di sasana kijang.
Comments
3 Comments so far




sis, adore ur white suit
…ada iras2 JLO u…
lily lotus´s last blog ..janji sampai
[Reply]
mya Reply:
December 11th, 2009 at 2:12 pm
wah JLO gitu kan
[Reply]
perrhh.. signature sama mcm signature kat duit kertas!
mahal tu
ezad´s last blog ..Satu Daerah Satu Industri
[Reply]