Dengki Sampai Mati…

hari jumaat hari tu pi nonton filem santau.
seperti biasa lah, jikalau filem-filem momok kayak gini, pastilah aku yang memilihnya.
tempat tontontan seperti biasa, kat mbo galaxy ampang sana.

dah tajuk pun santau, tentu-tentulah filem tentang santau kan.
takkan pasal H1N1 plak.
so ceritanya begini. mengisahkan tentang halim dan nina.
pasangan suami isteri yang ada anak bernama ecah.
halim nie kira-kira cam kontraktor berjaya gitu.
dapat projek buat sekolah segala.
so, ada la orang menjeles.
standard la tu, orang melayu kan.
matikkk la statement. ko ingat ko orang putih? hekk..

tapi kan, awal-awal lagi aku dah boleh agak, siapakah dalangnya.
takde nak terteka-teka pun sapa.
haibatt kan aku?
dan seperti yang dijangka, yang menjeles dan membuat santau itu ialah kawan baik halim sendiri.
bernama husin.
ini lah yang dinamakan gunting dalam lipatan.
depan kau, yo yo o baik kan. tapi sebenarnya??? lu pikirrrr la sendiri.

nak kata seram sangat filem ni, cam takde la sangat kot.
sebab nama pun santau. more to makan benda-benda kotor macam muntah dan ulat.
tapi ada gak la muncul momok rambut panjang, baju putih, kuku panjang dan mata putih.
adehhh… tak boleh blaa betul la momok kayak gini.
tak seramm ok. kelakar lagi ada.

dan pada pendapatan aku yang tak seberapa nie, kau nak wujudkan suasana seram kan, kau tak perlu pun nak ada hantu terbang-terbang segala.
cukup dengan bunyi desiran angin, bunyi keriuk pintu dan bayangan orang.
seriusly.

haaaa scene yang aku rasa seram dalam filem santau ini ialah di mana waktu nina tu kena rasuk kan, so diorang baca lah surah surah yasin kursi segala.
boleh pulak nina nie cam ajuk bacaan tu. perghhh…
kau tak seram? bila nampak hantu, kau baca alfatihah bismillah segala, hantu tu ajuk???
mak takut noq!!!! silap-silap pitam.
kalau tak pitam? eiieiei tak sanggup nak bayangkannnn…

filem santau ni bagi aku biasa-biasa je la kot.
still tak menepati piawaian aku sebagai seorang pencinta filem seram.
sekian ulasan saya yang poyo.

eh lagi satu. sila la jauhkan diri anda dari amalan santau nie ek.
tak perlu la nak menjeles bagai dengan kejayaan orang.
kau nak berjaya, sila lah berusaha yer.
dan lagi, kot-kot kalau kau ada tak puas hati dengan aku ke kan, please lah jangan santau aku ek.
aku kurang ilmu agama di dada. sob sob sob..
tak puas hati kalu, kau komen je kat blog aku nie.
insyaAllah aku pasrah….. *nangis sambil lari masuk bilik

8 thoughts on “Dengki Sampai Mati…

Comments are closed.