Bubur Nasi Kampung Baru

DSCN9219

cam lamanyaaaa tak makan bubur nasi kat kampung baru..
so hari tu lepas office gi makan.
masih pergi di tempat yang sama iaitu restoran johan seafood.
nama je seafood tapi kat belah depan bersusun lauk pauk untuk dimakan bersama bubur nasi.

DSCN9217
: : air epal masam kegemaran saya dan tembikai laici kegemaran encik z. ek? : :

cendawan masak taucu ni sedap bangat.
seriusly. sapa ada resepi boleh kasik? nak try masak arh…

DSCN9207

kemudian daging masak hitam ini. daging masak hitam?
sesedap tekak je bagi nama kan. aku tak tau la nama masakannya, tapi yang pasti daging ini berwarna hitam selepas dimasak. pun sedap. dagingnya lembut jerrr..
ko takkan rasa gigi nak tercabut ke hapa bila kunyah.

DSCN9209

ikan bilis nie masa sebelum masak, ko tengok cam layu-layu jer.
lepas masak, campur cili dengan bawang. perghhh..
krok krek krok ko kunyah ikan bilis tu. layan oiiiii….

DSCN9211

ikan masin pelengkap rasa. pun digoreng bersama bawang dan cili.
boleh kata tiap masakan pasti ada dicampur cili api. berapi!

DSCN9214

encik z up dengan udang goreng tepung.
aku memula cam pandang sebelah mata jer.
coz i tak berapa nak suka yang digoreng dengan tepung segala nie.
tapi rasa satu, nak lagi uolls. setapppp…

DSCN9215

last but not least, kena la ada bubur nasi.
kalau takde bubur nasi, idok ler tajuk entry ini bubur nasi kampung baru.
pasti tajuknya makan nasi di kampung baru.

hidangan bubur nasi nie sesuai untuk orang yang tengah berdiet macam saya.
berat badan saya sudah mencanak-canak ke 58kg. nangisss…
tapi kalau kata je makan bubur nasi, tapi lauk pauk bermacam ragam, tiada lah bermakna diet itu.

DSCN9216

14 thoughts on “Bubur Nasi Kampung Baru

  1. sebut kg baru…syurga segala makanan kt kl..masa duk kg dolu2 rajin menapak gie makan2..abeh satu kg baru kedai makan kitaorg tenggek..dolu2 femes makan kt juara tomyam tuh paling best tomyam nyee 😉
    .-= Nur´s last blog ..Salam Maal Hijrah 1431H =-.

  2. ish akk nie byk citer ttg kedai mkn kat kl jer,
    rasa nak pegi semua,
    yelah,
    wani epun x lama lagi nak trun kl ngn mama kan,
    so rasanya,
    nak try jugak lah:)
    hik hik hik
    .-= cik wanie´s last blog ..Pertanyaan…. =-.

    • akak memang suka explore tmpat makan sana sini. haaaa jangan lupa gi william kat kelana jaya sana.
      terbaikkk.. 😀

  3. baru je pegi malam tadi
    memang tak menarik dah
    ikan bilis dah liat
    daging salai pun liat
    sotong kering pun liat
    air teh pun manis mcm lori gula terbalik jer
    tapi tak kisah ler semua tu..kita dah lapar makan jer lah
    tapi yg tak boleh belah cashier dia punyer perangai memang takde manners
    dah le minta resit dia boleh cakap “ambik lah” kertas order tu..takpe lagi
    then bila bagi baki boleh cakap “nah” bukan nak ckap terima kasih..memang kurang ajar takde budi bahasa.tau le dah glamor tapi aku bayar bukan makan free. harap next time akan lebih bersopan santun bukan kena bagi makan free pon.

Comments are closed.