Yaya & Family @ KL

hari isnin pagi hari tu, yaya dengan mama sampai kat kl.
naik train dari taiping, turun kat kl sentral.
so seawal pagi gigihla aku jemput mereka di sinun.

oh, sekarang kan cuti sekolah. thats why la mereka datang ke kl.
tak lama sangat kot yaya dengan aku. aterrr, kena la bahagi masa dengan apaknya pulak.
macam ni lah bila hidup selepas berpisah.
tapi tatapp la kena ada hubungan baik dengan ex aku tu. kami ada anak sebagai pengikat.
aku tau, ada je orang yang pelik bila mana aku still boleh berbaik dengan FM.
ye lah, yang bermasak elah nya kita orang tua nie.
janganlah dikaitkan dengan anak yang tak tau apa-apa, tul tak?

DSCN8800

kaklong pulak dapat MC 2 minggu. sebab penyakit ‘misteri’ dia tu.
he he. misteri la sangat. walaupun aku jua dah dijangkiti penyakit misteri itu. hohoh.
caca tidur kat jasmine 3 malam.
suka la dia dapat jumpa dengan kakak yaya. macam nak terbalik rumah mommy yang kecik cenonit ni dibuat diorang. tapi tatapp mommy sayang korang.. 🙂

yaya request mau makan pizza minggu sudah.
so kasik bawak sana lah. sekali sekala manjakan anak ok kot.
selalu-selalu, tidak lah molek. tapi kata anak masing-masing kan, so pilihan di tangan anda.

DSCN8802

DSCN8804

abang long masih berkerjaya di maybank.
kadang-kadang ada jugak dia dengan kaklong baca blog aku ni.
kasik support jugak la pada si adik blogger picisan.
mama, alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang elok.
sakit sikit-sikit biasalah, nama pun orang tua.

DSCN8805

DSCN8807

yaya dah habis tabika 5 tahunnya.
insyaAllah tahun depan 6 tahun. mungkin masih di tabika yang sama.
aku tak kisah pun dia nak ke tabika mana. asal dia happy dan belajar dengan molek, mana-mana pun ok, bukan?

DSCN8808

entry ringan mengenai keluarga saya. di pagi isnin..
masih banyakkk lagi cerita yang mau saya kongsi bersama…


8 thoughts on “Yaya & Family @ KL

  1. dah besar pun yaya sekarang dan makin cute wajahnya!…lama betul tak menjengah blog mya nie sehinggalah hari nie semuga rumahtangga yang akan dibina berkekalan hendaknya…amin!

  2. kami cuma tau penyakit buatan orang sajork.. penyakit misteri belum penah dengar.. hik hik

Comments are closed.