Terung Goreng

hari tu aku sangat merajin mau try resepi baru.
baru lah pada aku. mungkin lama pada kau.
aterr.. aku kan tak pandai memasak.
tapi aku tak pernah rasa putus asa atau mengalah.
cuba dan terus mencuba okee…

kali ini aku masak terung goreng.
ah senang baitu. sap sap soiii dah siap.
sebelah mata memasak pun boleh.

resepi dan cara memasak semua pun ada di hujung entry ini.

DSCN0073

: : bawang besar, terung digaul kunyit dan garam, cili merah, cili padi : :

My Mya051

: : bawang besar, cili merah dan cili padi digoreng : :

My Mya053

: : terung yang digoreng garing : :

My Mya059

: : siap sedia dimakan! : :

Bahan A :

– terung panjang (dibelah 2 dan dipotong di tengah)
– 1 sudu besar kunyit serbuk
– 1 cawan minyak masak
– garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)

– 1 labu bawang besar
– 10 biji cili api
– 5 biji cili merah

Cara Memasak

1. Terung digaulkan dengan garam dan kunyit
2. Panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng ikan hingga garing
3. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan
4. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, cili api dan cili merah hingga wangi
5. Angkat bawang dan cili kemudian tuangkan di atas terung
6. Hidangkan bersama nasi putih

Tips

Terung mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang dapat mengubati kekejangan saraf. Ia juga boleh mencegah dan mengubati epilepsi dan penyakit kejang.

sedapp okee… matikla puji diri sendiri.
ada masa aku rasa ok jer nak puji diri sendiri.
tapi haruslah kena pada masa dan subjek yang dipuji tu.
ini kalau dah hidung penyek, nak kata hidung mancung memang la tak relevan.
motiff cerita hidung dalam entry masakan? heh!

10 thoughts on “Terung Goreng

Comments are closed.