Sehari Sebelum AidilAdha

hari khamis, sehari sebelum raya, aku amik half day.
motif nya adalah untuk pergi membeli barang-barang raya lah.
kena lah masak jugak lauk pauk sikit walaupun tak tau siapa yang nak datang berkunjung.
kata raya… kenalah meriahuolls jugak kan…

sebelum pulang, aku sudah berjanji mau berjumpa dengan lynda.
kawan sevokay. merangkap housemate sewaktu bujang-bujangan dulu.
kebetulan dia pun cuti dan ada urusan di kl. so sekalian kasik jumpa.

aku drive terus ke ampang park sana.
lalu kami terus ke food court. first time aku masuk food court sini.
selalu gi ampang park pun, mesti makan fast food di bawah sajork.

Clip005
: : mee sup yang ala ala : :

so kami duduk borak-borak pong pang itu ini.
lama jugak tak jumpa lynda. so banyaklah topik sudah cover.
dia pun berulang kali tanya bila bebetulnya aku nak nikah nie.
sorry la kawan-kawan, bukan aku nak berahsia yo yo o ke apa.
tapi taktau lah, mungkin ini cara aku. harap korang faham lah ek?

sempat pusing cuci-cuci mata dalam ampang park.
banyak jugak baju kurung lawa-lawa. tapi RM tak mengizinkan lah.
memang aku sekarang nie kena bajet teramat-amat. huhu…

Clip006

usai perjumpaan, aku terus zasss pulang.
yaya dan caca dah bersedia menanti di rumah. kami mau ke jusco wangsa maju.
makan di food court lagik. kemudian ronda-ronda di dalam.
mama namo beli barang basah kat sini pulak. katanya mau ke pasar malam sajork.
lebih murah katanya. ok ok aja dehh…

DSCN8838

yaya boleh pulak buat perangai, nak beli set mainan barbie.
bukan murah-murah okk.. set masak-masak yang boleh beli rm10 je kat pasar malam.
tapi tau lah, nama pun barbie. harus harga mencanak ke rm80.
mau aku nak beli nya? heh!
bukanlah kata aku ni tak sayang anak or berkira or apa je la, tapi tak logik dek akal pikiran.

kebetulan waktu dia nangis tu, apaknya call.
so sudah dengar la anak dia nangis. apaknya suruh beli gak.
nanti dia bagi duit. huh. malas nak bertekak, aku beli je lah.
tapi harus aku dah bagitau yaya, lepas ni no more!

oh, jangan la pulak ada sapa yang sentap dengan statement aku nie.
kang ada plak yang terasa, terus buat entry khas kan…. sesikit nak terasa, koserrrrrr….

caca pulak, waktu-waktu nie la awak nak tidur kan?
aku jaga la kejap sementara mereka yang lain masih pergi meronda-ronda.

Clip007

sebelah malam, aku keluar lagi. gigih uolls ke tesco ampang sana.
mak tak kira, nak jugak baju rayaaaaa…
walaupun orang dok kata raya haji je kan.. tapi nak gak la baju baru untuk dipakai di pagi hari.

ye la, aku bukan macam korang. banyak baju kurung lawa-lawa yang jarang dipakai.
aku nie baju semua aku kasik bedal pakai ke office.
very the ketandusan baju kurung ok. nangisss…..

DSCN8849

:: apa fesyen lah ini ? : :

aku tau very the kedaung fesyen itu.
baju askar, handbag, selipar pink. motippppp?????
tu gara-gara malas nak iron baju, malas nak bawak keluar barang-barang dalam handbag.
ah lantak. sapa dulik pun aku kedaung begitu?

    2 thoughts on “Sehari Sebelum AidilAdha”

    Comments are closed.