Saya Seorang Janda. Saya juga seorang Anak Yatim

Janda dan Yatim adalah sangat dimuliakan dalam Islam, Bahkan Khalifah Umar rela mengangkut TEPUNG demi untuk memberi makan sang Janda, malah Saidina Ali di gelar “bapa kepada janda dan anak yatim” kerana keperihatinan beliau kepada golongan ini.

Janda dan anak Yatim sangat dilindungi dalam Islam, Menghina Janda dan anak Yatim, sama saja menghina Rasulullah…….. kerana orang yang memelihara Janda dan anak Yatim, di syurga akan berdampingan dengan Rasulullah, bagaikan jari telunjuk dan jari tengah, yang tidak ada batasan.

Sedangkan Rasulullah adalah seorang anak yatim dan ibunda baginda seorang janda/balu.

Mohon agar tidak menghina kaum janda. Menjadi seorang janda bukan berarti menderita. Menjadi seorang janda, selain kerana nasib ditinggalkan oleh sang suami yang meninggal dunia, atau juga akibat perceraian. Jadi tolong hargailah kaum janda dan anak yatim….

Dipetik dari HIDAYAHAMIN.

– HARI INI MUNGKIN KAMU BUKAN SEORANG JANDA.Β  ESOK LUSA BAGAIMANA? –

Β 

19 thoughts on “Saya Seorang Janda. Saya juga seorang Anak Yatim

  1. betui3x..
    org2 yg dok menghina janda tu konon anggap laki dia akan ade sentiasa menongkat dunia..konon anggap laki akan setia smp mati

  2. huwaaa…aku juga seorang JANDA…anak YATIM PIATU lagi..entry ini, membuat saya amat sedih…huwaaaaaa…

  3. sabar ye maya, kite ni insan yg pegang title “J” sentiasa dipandang hina tapi diorang tak tau cite sebenar…. so sabar aje yee

  4. dierang nampak jerk Lady J nih gini…. dierang xtau penat jerih kiter….. sabar mya…ko dah x lame pegang title tuh…… very soon ko sudah jd org rumah kpd seseorg…… πŸ™‚
    .-= Ernie´s last blog ..My Nurin & My MFS…… =-.

  5. ..pedulikan mereka2 yg menghina & mengata maya..mereka belum merasa & tidak berada di tempat maya..mulut memang boleh berkata apa saja..mereka fikir setelah ‘dipunya’ & ‘mempunyai’ mereka sangat2 selesa..

    ..kpd mereka2 yg suka mengata, sedarlah kita semua cuma insan biasa & suatu hari nanti mungkin kita yg akan terima ujianNya..janganlah menghina mereka2 yg men’JANDA’ kerna apa yg terjadi bukan kehendak mereka..

    PEACE…;-)

  6. asalkan janda jer, mesti budget gatal merenyam kaan? Cissss anak dara, bini orang pun ramai gak yang gatal2… pokoknya dinamakan manusia, sama jer…

  7. Singgah ke blog aku juga..kerana aku juga Miss J..

    Dihina?? MEmang dah sering.. Siap dikatakan SISA ORANG lagi oleh seorang Hajah yang dah ke Mekah 5 kali.. So, hati aku ni dah tabu dengan hinaan. Akan ku buktikan walaupun J bukan murahan..

    Mungkin yang menghina tu lupa yang dia juga ada anak dan cucu perempuan dan bakal ada cicit perempuan. Berapa % kan dia confident keturunan dia takkan jadi janda??

Comments are closed.