Perkembangan Yaya

November 13, 2009

thanks pada yang ambil berat tanya tentang kesihatan dan perkembangan yaya.

yup, yaya kena penyakit kaki, tangan dan mulut.
belah-belah pelipat cam siku, lengan dan celah jari dia tumbuh bintik-bintik merah.
paling teruk dalam mulut dia, expecially kat lidah dia.
macam ulser pun ya. macam kulat lidah pun ya.

dia tak dapat nak makan sebab sakit katanya.
nak sapu ubat pun dia rasa pedih.
every time nak makan ubat, dia dok mengadu ’sakit mommy, sakit’
alahai. nak luruh rasa jantung dengar dia merengek macam tu.

DSCN8578

DSCN8581

DSCN8582

sepanjang 2 hari aku balik TLJ hari tu, dia memang melepek jer.
tapi mama kata ada perkembangan jugak.
before this langsung diam tak bercakap.
tapi masa aku balik, tengok tv sama-sama.
dia dah mula gelak-gelak ketawa.
sakit plus rindu aku sama kot :-(

yaya tak kena tahan wad pun. doktor bagi ubat makan dan ubat sapu.
kalau takde perubahan baru bawak ke hospital untuk injection etc.
tapi alhamdulillah, hari ni dia dah beransur sihat.

DSCN8593

once again, thanks pada semua yang sms/call/sametime/YM/FB.
sayang jugak korang kat anak aku tu eh? :)

Sedikit info berkenaan penyakit kaki, tangan dan mulut

* Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
* Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
* Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
* Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
* Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan

Tanda dan Gejala Penyakit

* Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
* Ulser di tekak dan mulut
* Demam
* Sakit kepala
* Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan

* Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
* Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
* Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
* Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
* Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
* Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

* Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
* Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
* Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

8 Comments




Comments

8 Comments so far

  1. My Heart on November 13, 2009 5:43 pm

    Alhamdulillah.. semoga yaya rajin makan ubat…

    [Reply]

    mya Reply:

    alhamdulillah. thanks My Heart

    [Reply]

  2. Masy on November 13, 2009 6:37 pm

    alhamdulillah.. tu nmpk hepi je tu, rasanya dah xde ape kot..

    rindu kat mommy lebih tu ;) ape pon, moga cepat2 recover iaitu pulih secara sepenuhnya ye yaya :)
    Masy´s last blog ..456 : Kalau laa.. My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. TiNiE on November 13, 2009 8:20 pm

    alhamdulillah…syukuuurrr

    [Reply]

  4. cik pah on November 14, 2009 9:26 am

    get well soon yaya..
    cik pah´s last blog ..Lunch @ Buffalo My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. Nur on November 15, 2009 1:30 am

    alhamdulillah..sihat hendaknya..senyuman tembum yaya telah terukir diwajahnya..;)
    Nur´s last blog ..BZ BZ BZ My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. Payiet82 on November 16, 2009 7:24 am

    Moga yaya cepat cepat sembuh yer. Tak pe sakit nak membesar tu<- cas doktor kannn

    [Reply]

  7. mya on December 10, 2009 4:19 pm

    thanks semua.. (berabad nak reply komen kan..)
    mya´s last blog ..Kluang Station My ComLuv Profile

    [Reply]

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind

CommentLuv Enabled