MJ – This IS It

DSCN0065

kami berlima pergi menonton ini cerita michael jackson.
aku pun taktau nak bagi nama filem ke, drama ke, dokumentari ke, rencana ke.
aku keliru.
memula tu netty yang propose mau tonton ini cerita.
aku nie ON sesadoo. walaupun tak tau hujung pangkal benda alah nie kan.

pada sesiapa yang pun keliru seperti aku, ini cerita aku rasa lebih kepada persediaan MJ nak buat konsert terakhir beliau itu.
ada la temuramah dengan penari, pengarah pentas dan orang-orang yang terbabit dengan ini konsert.
pasti ramai yang kecewa dah hati berdarah kerana tidak dapat beraksi di hari konsert sebenar.

eh.. nak cerita sikit, kitorang masuk agak terlambat dalam itu panggung. tapi terlambat pun idok ler sampai cerita dah start.
dah la tiket full house, kami berlima terpisah seat.
3 di atas, 2 di bawah.
so agak kaget mencari seat.

dalam dok berbisik-bisik mencari seat, tak semena-mena tetiba ada suara berbunyi ‘SYYYYYHHHH…. SYHHHHHHH….’
hek elehhhh…. lu per hal minah?
pastu bukan sekali lak dia bersuara. 3 kali begitu.

kemudian netty menjerit ‘the movie hasn’t started yet LAH!’
terus terdiam ko. aku pun apa lagi kasik panas..
aku jerit ‘KECOHHH’
kann.. tetiba feel feel panglimawati.

selain dari persediaan konsert, ada jugak diselitkan the making of video klip dan video klip ini MJ.
video klip semua superbbb dan terbaik.

kurus je ek MJ ni kan? paling tak boleh bla ialah suara dia.
suara kepit jer aku rasa. halus dan lemah lembut. heee…
lepas tu dressing dia. very the carca marba.
tapi takde pun orang kisah kan? semua pun suka sahaja.

dan. aku rasa yang datang tonton nie kan, semua pun peminat kipas susah mati beliau ar.
tiap kali habis menari or video klip semua pun tepuk tangan dengan gemuruh.
di akhir cerita, ada yang siap berdiri tepuk tangan bersungguh-sungguh. heh!

aku dengar kata tayangan MJ – this is it ni cuma 2 minggu.
betul ke ek?
kalau betul, sesiapa yang dah pasang niat nak tonton tu, baiklah cepat yer.
kalau tak, menyesal nanti… :p

8 thoughts on “MJ – This IS It

    • mek asyik la mau tergelak bila dgr suara kepit itu MJ. tapi tak bani la plak mau gelak kekuat.
      tak pasal kang orang baling kasut plak

Comments are closed.