Melilau Di Midvalley

sambungan entry terdahulu.

aku tak bagitau pun apakah motiff kami keluar bertigaan ek.
konon ala-ala mengspendkan masa bersama-sama before nida dan aku melangkahkan diri ke gerbang perkahwinan. ecehhhh cehhhh cehhhh….

dari chilis kami ke toilet.
oi, pi toilet pun nak tulis kah? sukerrr laaaa…
blog aku. sukati aku laaa… hemo hemo hemo.

sampai kat toilet, nida baru perasan yang handphone nya udah keciciran.
gambar menunjukkan mereka sedang berhempas pulas mencari.
manakala aku sibuk snap gambar. tak patut, tak patut.

My Mya135

patah balik ke chilis. alhamdulillah masih ada handphone nya.
disimpan oleh staf chilis. sangat bagus bukan?

kemudian waktu zohor pun telah masuk. tetiba je kan?
aku sebenarnya femalas kedaung nak menaip nie oiii…

lalu kami pun ke surau berhampiran.
waktu dalam surau tu, kelihatan 2 orang budak kecil nak solat.
baru lepas amik wuduk. aku dok perati dari kejauhan.
diorang macam serba salah bila aku perati.
terus yang sorang tu tarik tangan lagi sorang.
suruh baca doa lepas wuduk. he he.. so comelll…
kira cam ‘eh eh.. akak tu perati kita la. kita tak baca doa lepas wuduk lagi’. haaa camtulah.
walaupun akak awak nie pun kedaung kan.
eh.. akak ke makcik ek? hi hi hi..

My Mya136

lepas tu terus zass ke watson.
nida mau membeli set mekap.
sebelum nie nan hadoo mekap katanya.
pakai bedak sesaja.
dah jadi isteri, harus berhias untuk suami. tak gitu?

nida suruh aku beri tunjuk ajar.
tunjuk ajar mendenya. sebab aku pun terhapa kan.
mekap sesedap tekak jer. most of the time memang tak mekap ponnn..

nida kata mau bajet. jadi mari beli barangan silkygirl.
berbaloi baloiiii…

My Mya137
: : free consultancy : :

My Mya138
: : mekap yang dibeli : :

dari watson kami berpaling tadah ke charles & keith.
first time aku masuk sini nih.
aterrr… aku hengatkan barangan di sini mahal-mahal belaka.
jadi tak berani lah mau masuk.
bila dah masuk, rupanya idok ler mahal nauuu kan.
kasut pun harga dalam RM150 gitu. ok ok gak la kan.

My Mya139

aku berkenan dengan ini kasut putih.
sudah berangan feel feel pengantin nak pakai kasut nie masa nikah nanti. tapi takde saiz la pulak.
paling besar saiz 7 saja.
mengapalah dunia ini kejam terhadap orang yang bersaiz 8?
sob sob sob…

My Mya140

My Mya143

masa memula aku tengok nida sarung beg ini, adalah terkejut.
kerana beg ini adalah besar dan tidak bersesuaian dengan tubuhnya yang kecil molek.
kalau rizalman tengok nie, marah dia.
motif nama rizalman disebut? heh.

My Mya144

cam nice nice jer ada signboard DILARANG MASUK tu.
aku cam suka jer. konon-konon macam ditulis mewakili kami.
kata sudah berpunya kan. so wajib dilarang masuk. begitu.

DSCN8575

dari midvalley terus saja zass ke jasmine.
tapi sebelum tu aku bawak diorang makan di pak wahab cendol.
kali nie aku try ABC plak.
tapi tatappp cendol jugak yang terbaikkk.

DSCN8576

kemudian tibalah waktu untuk kami berpisah.
tapi yang pasti ini adalah perpisahan sementara sahaja.
insyaAllah dalam masa kurang 3 minggu, kami akan bertemu lagi. 🙂

DSCN8577

8 thoughts on “Melilau Di Midvalley

  1. Tapi mereka juga adalah kejam terhadap orang yang berkaki saiz kanak-kanak ini. Tengok saja lah muka tak puas hati kami di belakang hangpa itu. hik hik hik

Comments are closed.