Mari Makan Ikan Patin

korang pernah makan ikan patin?
korang suka makan ikan patin?

tahukah korang terdapat 2 jenis ikan patin?
cehh.. tetiba feel feel blog dokumentari kan?
patin buah dan patin sangkar.

ini adalah cerita masa perjalanan pulang dari terengganu ke KL hari tu.
kami singgah stop kat R n R temerloh sana.
masing-masing dah sakit belakang lah, sakit punggung lah duduk dalam kereta.
so keluar la kejap hirup udara segar katanya.

kebetulan aku ternampak ini ikan patin.
jadi telah mengajak payiet berjemaah untuk makan sesama.
memula ingatkan nak ratah ikan jer.
tapi payiet kata, ratah ikan tak makan nasi, nanti kecacingan.
adoiyaii.. jadi nak taknak, amik la nasi sama.

DSCN8648DSCN8649

DSCN8650

ajak la jugak nadia & encik z makan sesama.
tapi diorang macam tak berminat jer. he he.
encik z tu lagi lah. memilih makanan.
makanan pelik-pelik nie bukannya dia nak.
eh, pelik ke makan ikan patin? tak kan…

lalu aku dan payiet pun makanlah dengan bersungguh-sungguh.
pedas dan setapppp owhh… sukerrrr…
pasni nak belajar masak ikan patin lah…
yer yer… di dalam mimpi boleh lahhhhh…

DSCN8651

kat r n r ni banyak je kedai yang jual ikan patin.
so pilihan di tangan anda….
jemput makan ikan patin semua… 😀

14 thoughts on “Mari Makan Ikan Patin

  1. mula2 dolu saya pun tk leh masuk tekak gak..lelama tekak dah ok..rugi beso kalau tak merasa kesodapanya..kalau kene yg masak tempoyak lagi malatop! memula mmg ler rasa cam berlemak2 manis ..maklum arr ikan sungai kan..tp skg ada yg bela dalam sangkar takpun dapat dr mancing..tp org cakap yg dapat dr mancing tuh lagik ikannya terbaekkk!! kalau gie tmloh tk pekena ikan patin satu kerugian lo..ikan mahal ma..sbb itulah temerloh diberi nama bandar ikan patin..sekian..;)
    .-= Nur´s last blog ..Sayangi Jantung Anda..Cardio Hospital Serdang =-.

Comments are closed.