
entry nie sambungan dari entry sempena sambutan bulan kebangsaan hari tu. kan ada memacam aktiviti yang dijalankan.
salah satunya sepetang bersama personaliti bahasa.
dan lepas tu aku pergi ke majlis mendeklamasi puisi pulak.
bagi sokongan pada haron yang mendeklamsikan puisi bertajuk peludah bahasa. cool sangat!
hye, korang jangan tak tau. walaupun aku menulis dalam keadaan carca marba di sini, tapi aku tetap pencinta bahasa k.
dan aku sebenarnya ada seni jugak okk..
panel jemputan di hari kejadian ialah Prof. Dr. Siti Zainon Ismail (UKM) dan Khairil Rashid (Sinar FM)
masing-masing mendeklamasikan puisi yang ditulis sendiri.
boleh tahan jugak puisi Khairil Rashid. bertajuk puisi malam tadi.
he he he.

pada readers yang dah lama stay kat sini, tentu tau puisi masterpiece aku.
di jaja sekali lagi di sini.
di daerah ini
purnama yang berlalu
senyum ketawa
gelak gembira
petah bicara
mencambah cinta
meraih rindu
bersatu kata
hati berbunga ria
melangkah ke kasmara baru
ingin menyemai kasih bersyahdu
zahir cuba menzahirkan keberanian
tapi batin nyata menidakkan
ternyata ini bukan satu igauan
kenyataan yang harus diiakan
kembali lagi ke daerah ini
tanpa jiwa menemani
kaku dan sepi mengiringi
tabahlah wahai hati
kuatlah wahai jiwa
cekallah wahai diri
apa lagi yang diharapkan
tiada
apa lagi yang diinginkan
hampa
apa lagi yang diimpikan
kecewa
kerana…
nyaman sudah disapu angin
lega sudah dijilat debu
buih pantai sudah dihempas ombak
akan sudahnya harus diterima
oleh kita, mereka dan dia
kelak supaya tiada yang bergelut rindu
pergilah ke daerah lain
terbanglah ke pelusuk asing
bahagialah kita dengan cara kita
dua dunia yang berbeza
akankah?
- AKAN BLOG TENTANG KESIHATAN YAYA LATER K? -





panjang uolls puisi kamu. kira kreatip gak kamu ni yer nyah. Tahniah
yer yer mek mmg kreatip. cuma pemalas mau berpikir. boleh?
ensemnya khairil rashid..lalalaaa
awummmmm
sedap puisi tu. penah hantar kat BK ke? hihi
btw, semoga yaya cepat sembuh.
.-= mama-syira´s last blog ..Syirah Birthday Bash =-.
lom penah hantar lagi he he.
tq farah!