Kursus Kahwin @ Darul Irsyad

My Mya001

ok nama tempat aku kursus kahwin itu ialah pusat kursus perkahwinan darul irsyad.
beralamat di blok 3B, no 23-2, jalan wangsa delima 10, d’ wangsa, wangsa maju, KL.

memang dekat nauu dengan carefour dan wangsa walk mall.
jalan kaki pun lepas.

hari nie patut kelas start pukul 8.45 pagi.
tapi aku udah ler kesiangan. sudahnya sampai kat tempat kursus pukul 9pagi.
startnya lambat jugak. 9.15! heh!

hari nie cover 4 topik. penceramah so so sajork.
cuma yang last sekali tu banyak kelakar gak la.
tapi still aci ngelat sesaja. patut sesi 2 jam, tapi 45 minit sudah tamat.
bagaimanakah itu?

lunch pukul 12.30 tengah hari. tak setappp arrr…
aku makan suku terus tak lalu.
hey mya! kau nak kursus ke nak makan ha? jangan gila-gila…

My Mya018

pukul 3.20 tamat sesi ke tiga. walaupun sepatutnya habis pukul 4.
kemudian minum petang sampai jam 4.40 petang.
jadi ada masa 1 jam 20 minit waktu senggang. heh.
lalu aku mengajak encik z bersiar-siar ke wangsa walk mall.

ronda-ronda kosong lalu duduk makan dan minum di rotiboy.
first time aku try makan roti rotiboy. kesian kan?
dan sesungguhnya kelazatan rotiboy adalah tidak terperi.
setapppppp….

My Mya017


pelik tak kenapa aku snap semua gambar guna handphone?
sebab apa uolls…?? sebab kamera aku sudah kedaunggggggg….
lens error! nangissssssssss…..

My Mya062

8 thoughts on “Kursus Kahwin @ Darul Irsyad

  1. wey camera aku pn lens error..gila tau..
    nasib ade hp cabuk bleh snap2 gambar

    kalo penceramah kelakar, segar jek mata..tapi ngape kah mereka suke ngelat???

    • lens error takleh buat apa dah. kena campak buang jer. sob sob..

      hp aku mencabukk lagi keji dari ko. gambar tak molek weh..

      tu ler.. motif mengelat?

Comments are closed.