siapa yang baca blog aku nie memang udah tau kan hari tu yaya kena penyakit kaki, tangan dan mulut.
so isnin lepas kerja aku terus shoot ke puduraya.
naik bas pukul 7.30 malam.
encik z menghantar aku hingga ke pintu bas.

: : hitam kelam uolls : :
sementara bas nak gerak tu, ada seorang pakcik sudah naik atas bas.
dia bagi 3 kitab/buku yang beunsur keagamaan.
of coz la kita tau dia bukan bagi free.
nanti ujung-ujung dia patah balik mintak duit kan.
being me yang cepat nauu simpati, aku decide mau beli salah satu buku itu.
aku tunjuk buku tu pada encik z dari atas bas.
dia tunjuk buku yang bertajuk apa itu taubat.
means dia suruh beli buku tu lah.
lalu aku pun beli. tapi tak habis baca lagi. baru suku saja. hu hu.

dipendekkan cerita, bas pun bergerak.
aku cam tidur-tidur ayam sajork. teringat kat yaya.
lebih kurang 4 jam gitu, selamatlah sampai
kul 11 malam gak la.
pastu terpaksa lah menaiki teksi.
aterr sudah di malam hari, namo la menyusahkan mama.
aku naik satu teksi ini. driver teksi adalah seorang pakcik dalam lingkungan umur lewat 50an.
dia punya ramah mesra cam terover-over lak.
dia tak bagi aku duduk belakang.
suruh aku duk depan. katanya ‘boleh la kita sembang sembang’
sembang apa pakcik oii, dah pukul 12 tengah malam nie.
nak jadi cerita, dia tak lalu jalan biasa dari kamunting ke TLJ.
lalu short cut katanya. tah mana jalan dia lalu.
sunyi, gelap gelita, semak samun uolls.
masa ni aku dah ketakutan. memacam doa aku baca dalam hati.
hu hu hu.
dia berborak tak henti-henti tau.
ntah apakebenda topik semua dia cover.
pastu slow benauuuuu dia drive. serius uolls, i memang takut.
tapi akhirnya selamat jugaklah sampai kat rumah.
tobat lah pasni namo la naik bas malam-malam lagi.
sampai kat rumah, peluk yaya puas-puas. kemudian tidur.
keesokannya. baru belek telek lidah dia yang luka itu.
alahai siannya. memang la pedih.
jangan kata budak, kita orang tua nie pun kalau sakit lidah, harus naik hantuu kan.

sekarang yaya sudah sihat boliau…





eee…takutnya…sib baik xda pape kan kak…
tu la, memang takut okk
erkkkkkkk apalah pakcik teksi ni, nk ramah mesra pon siang2 la.. klu kene cas pervert time tu sesia je kan huhu
malam2 pun ai tak rela uuuuu
ngerinya pakcik teksi tu..
agak ngeri arrr
peh…amat menakutkan ok!
i dulu pun pernah kena gak..time nak balik ke UiTM Jengka..dulu tu, sana jam 6 udah gelap…huhu..
apapun, mujur kamu sudah selamat sampai…Alhamdulillah, yr dotter pun udah sihat
aha. tawakal je la time tu.. ingat nak beli pepperspray la pasni.. hu hu
haiyooo..menakutkan lah pakcik teksi itu…nasib baik selamat..
alhamdullilah yaya dah ok…
.-= suria´s last blog ..Takde mood nak keje =-.
alhamdulillah.. awak pun dah sihat jugak kan?
hidup pakcik taksi itu kesunyian. Sian kan. tak pe la pakcik, borak borak ok, tapi jangan bikin org naik hantu sudeh. Btw, perlu ke pakcik ikot shortcut? *tetiba aku speku pakcik tu hantu nyah *larikkkkkk
kalau pakcik tu hantu, aku syak masa idup dia dulu dia mmg seorang pemandu teksi. jadi walaupun dia sudah jadi hantu, dia tatapp mau bwk teksi. kepuasan kerjaya kekdahnya
Eiii.. seramnyer.. lenkali jangan sesekali buat macam tu lagi… bahayerr.. bahayerrrr…. precaution is better than cure..
.-= aiDiena´s last blog ..Redmummy Dalam Metro!! =-.
tul tul tul..