Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Kerabu Epal Hijau

posted by:
mya

Bahan-bahan :

- 2 biji epal hijau
- 1/2 batang lobak merah
- 2 biji cili merah
- Cili padi (mengikut citarasa)
- 1 labu bawang besar
- 1 biji limau nipis/kasturi (diambil jus)
- 1 sudu kecil gula
- Garam secukup rasa

DSCN8533

Cara membuat

1. Epal dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang
2. Semua bahan lain dihiris
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau
4. Kacau rata dan rasakan masamnya
5. Sedia dihidangkan

DSCN8535

sonang baitu nak buat kerabu mangga ni.
pejam mata pun boleh. oleh sebab aku takde penyagat, so aku hiris je epal hijau dengan lobak merah ikut sesedap tekak aku.
janji masuk perut cukup. kata nak makan sendiri kan.

kau boleh tambah bunga kantan dan daun ketumbar jika mahu.
aku tak mahu, sebab tu tak tambah.
cili padi merah tu pedas terlampau okkk…
even tak gigit, cuma gaul dengan epal.
tapi dia lekat kat epal tu, perghhhh….
sesuai untuk dicili kat mulut kaknampahbedah.

ok. selamat mencuba!

DSCN8536

Tip : Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopaus.

2 Responses to “Kerabu Epal Hijau”

  1. Ernie says:

    harus dicuber nih….. i like kerabu… :)
    Ernie´s last blog ..Ini adalah….. My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled