Kenapa Ek?

hari selasa yang separuh hari.
tengah hari, aku menapak ke sogo sana.
bersempena mau mencari t-shirt yang berwarna putih untuk program di petang hari nanti.

nasib baik ada yang murah, so terus saja beli.
macam la takde tshirt putih sendiri kan.
tapi nak jugak membazir beli tshirt baru. hohoh.

sebelum membeli harus menerai.
jenama forest bersaiz M.
muat. fit. so beli.

My Mya080

usai membeli, terus tapau hotdog 1901.
ambil set yang ada mash potato yang lazattttt tahap terajang dinding. betul tau. setapppp…
sila la ke 1901 berdekatan tengah hari ni untuk membeli nya ya.

My Mya084

selain itu, aku juga telah membeli beskot famous amos yang sudah 3 hari aku mengidaminya.
makin lama makin mahal kan?

My Mya091

aku ingat lagi masa kaklong kerja kat kl dulu kan *ceh macam la sekarang kerja kat australia.
masa tu aku dengan adil kat taiping menjadik budak sekolah.
lalu kaklong seorang yang bekerja.
every time dia pulang, dia akan membelikan beskot famous amos ini kerana adil menggemarinya.
sangat baik bukan kakak saya?

pukul 2petang, menapak balik ke office.
memang aku bercuti half day.
tapi pencuti ini terpaksa jugak stay di office sehingga jam 4.30petang kerana menunggu si pekerja lain yang habis office pukul 4.30 petang.

sebelum aku apply half day tu, ada sedikit isu tersembunyi tentangnya. yang which membuatkan aku terfikir, kenapa ek ada manusia yang pentingkan diri sendiri and boleh tengok kesusahan orang lain tanpa ada perasaan empati?

yes. it’s office issues.
tapi aku tidak akan bercerita further.
so sila berhenti berangan-angan untuk membuat spekulasi.
M E R B A H A Y A.
dah ramai sangat orang office aku baca blog ini sekarang.
padan muka aku. siapa suruh letak link terus kat FB.
heh!

20 thoughts on “Kenapa Ek?

Comments are closed.