Di Belakang Tabir Ewah Ewah Bloggers

ini adalah cerita 2 minggu yang lepas. gila keji ok baru nak update.
walhal gambar semua dah sesiap transfer dalam draft dah.
punya lah pemalas kedaung nak cari idea mereka cerita kan.

ok, ni kita kasik jalan sekali arung.
masa aku gi raya rumah ahyue kat VA hari tu, kan aku terus shoot ke rumah kakred. di situlah kakred sudah propose aku.
tanya sama ada aku berminat tak nak join ini game show bertajuk ewah ewah.

aku tidak pernah la pulak tonton ini program.
tapi oleh sebab kakred ada unsur-unsur mengugut di situ ‘mya… kau tak nak pergi, akak ajak ‘si polan’ tu. haaaa’

woh.. harus aku sentap di situ. terus kata setuju mau join ini program ewah ewah.

so, masanya pun tiba.

di hari kejadian aku amik half day leave.
tunggu payiet habis kerja 4.30 petang, lalu terus shoot ke sri damansara sana.
studio rakaman adalah terletak di taman perindustrian tago.
sib baik payiet adalah terror jalan di sini.
so sekejapan sudah pun sampai di tempat kejadian.

tunggu kakred jap. kakred datang dengan abang sirman dan ginga.
kemudian ke mamak pekena maggi goreng.

DSCN0052
: : di hadapan capital studio : :

masa tu ada rakaman untuk episod lain.
so tunggu la sebentar.

jumpa dengan heliza yang jadi artis undangan.
sempat aku borak dengan dia jap. tanpa pasal adil. boleh?
oh.. mereka berstudy together-gether di UMS sana.
tapi course lain-lain la…

DSCN0059
: : heliza yang mempunyai sepasang mata yang cantikkkkk : :

yang berdiri itu ialah abang zaidi.
hai abang zaidi.. selamat berkenalan.. 🙂

IMG_5253

IMG_5298

kemudian aku dimekapkan oleh jurumekap.
nampak gaya mekap cam lite-lite. tapi bila dibelek-belek, cam tebal gak. balun. janji mak nampak meletup dalam tv kan.

kemudian, akak producer bagi briefing tentang game ewah ewah nie.
oh yer.. ada 6 orang blogger yang terlibat termasuk aku.
kira program kali nie semua bersama blogger lah.

IMG_2485

IMG_5332

dibahagi pada 3 grup. aku berpasangan dengan abang zaidi.
di bawah naungan rumah oren.

DSCN0064

: : tengah diskas tagline : :

DSCN0065 (2)

: : with abang zaidi : :

DSCN0067 (3)
: : dipakaikan mikrofon : :

pengacara untuk musim kali ni ialah kak engku dan saiful apek.

DSCN0068 (2)

kak engku nie best sangat lah. dan baik.
tak menyombong. sempat aku borak-borak dengan dia jap pasal sinar pagi dia dengan krill dan SY tu.
dia tanya ada tak cadangan nak buat topik apa untuk sinar pagi?
aku suggest topik ‘TANYA APA SAJA’.
means pendengar boleh tanya apa-apa je soalan kat dema bertiga.
owh.. i like… 🙂
K.E kata best best. nanti dia bagitau kat producer sinar pagi.

8 thoughts on “Di Belakang Tabir Ewah Ewah Bloggers

  1. Tahniah la nyah ek. Jangan lupa manager ko nih. Sok lambat bayar gaji mek, mek saman ko. *wah belom pape dah berantakan nak menyaman. hahaha

    Ps: sori lah yer mek ketidak upayaan memandu pada hari kejadian sbb tak pakai spek. sekian
    .-= Payiet82´s last blog ..Letih Dol =-.

Comments are closed.