Ayam Penyet AP

DSCN8538

hari jumaat lepas gi lunch kat ayam penyet AP.
nun kat wangsa walk mall sana. bapakkk jauh bukan???

memula plan nak gi wong solo ampang tu.
sementelaah kakmai tak pernah makan kat situ.
so mau bawak la dia try test sana.

ujung-ujung kat tengah highway tu, aku bagi cadangan pasal ayam penyet AP nie.
both netty dan kakmai setuju.
so apa laga, pusing steering terus ke wangsa walk mall.

dah ler masa nie minyak kereta sudah tahap nyawa-nyawa ikan kerapu.
balun. paling bangsat pun, kena tolak kereta je kan. heh.

DSCN8544
: : ice lemon tea : :

kata makan kat ayam penyet, jadi harus order ayam penyet.
kemudian empal penyet. sayur asam. tauhu dan tempe goreng.

DSCN8548
: : ayam penyet : :

DSCN8546
: : empal penyet : :

empel penyet ni cam empal daging la.

DSCN8545
: : tauhu & tempe goreng : :

DSCN8543
: : sayur asam : :

pada pendapatan aku yang tak seberapa nie, ayam penyet AP ni punya kehebatan nak dicompare dengan wong solo adalah seperti langit dan bumi.
tapi idok ler nak kata tak sedap langsung.
boleh la ditelan dek tekak.
tapi aku lebih prefer wong solo arrrr…
semua makanan pun terbaik.

tapi harga memang wong solo agak mahal.
ayam penyet AP nie cam agak reasonable la.

aku tak sure ayam penyet AP ni ada branch lagi tak kat memana.
tapi kalau kau teringin nak rasa, boleh try kat wangsa walk mall di wangsa maju ini.

DSCN8549

oh, di hari kejadian aku pakai baju tunang aku.
pink shining-shining.
perasan tak kat lengan tu ada baju warna putih kat dalam?

FSCN8540

aah aku pakai lapisan uolls. sebenarnya cari singlet.
tapi cari punya cari, tak berjumpa.
tu yang sauk jer la baju lengan panjang itu.
orang panggil apa ek? legging? ke legging untuk seluar? heee…
ampunkan patik yang kurang ilmu di dada.

kak mai siap tegur ‘wah! wah! lepas bertunang dengan ustaz nie, terus islamic compliance yer? tak lama lagi pakai tudung la awak?’
statement ko kan kak….
pasal pakai tudung tu, very the susah nak kata lorh.
tapi biarlah benda tu datang dengan secara semulajadinya.

takmola dok canang sana sini kata dah bertudung bagai, ujung-ujung tudung terbang seperti tudung periuk.
apalah maknanya?
so biarlah ia datang dari hati dan suci lagi luhur nan murni.
sekian tips kesihatan dari ustazah wanna be. mya.

14 thoughts on “Ayam Penyet AP

  1. dok kolumpo boleh la makan ayam penyet…
    kita org kat hulu ni dpt makan ayam penyek je..

    tu pun jarang2…

    ayam kentaki je selalu.. kekekeke
    .-= ezad´s last blog ..Dapat Tawaran =-.

  2. Ayam Penyet AP ada kat Bandar Baru Bangi gak. Kami penah blog kan pasal itu.

    owh bilakah kami mau merasa makan di wong solo.

  3. tiap kali aku lalu depan kedai Ayam Penyet AP ni, aku rasa baunya macam mual muak, terlebih goreng ke apa ntah, tak sesuai bau tu dalam shopping complex.. so kalau nak makan ayat penyet, pi kat luar Wangsa Walk tu, satu row dengan Bank Islam, ada AYAM PENYET RIA… kuah asam Ria tu pun nampak lebih menarik dan sedap!
    .-= sWeEtDaRLinG´s last blog ..[Coret] Masih Demam =-.

Comments are closed.