Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for November 23rd, 2009

Hari-Hari Yang Meletihkan

posted by:

aku dah tak ingat turutan sebenar perkara-perkara di bawah.
tapi yang pasti, semuanya terjadi selama 3 malam berturut-turut.
3 malam aku tidur lewat.
semua pun gara-gara preparation ke treasure hunt, awana kijal.
cehh.. preparation la sangat kan.

bateri myavi aku sudah kedaung.
kata mau jalan jauh. so better la tukar je.
kelak dikhuatiri kereta tersadai di tengah jalan.

My Mya029

tema untuk dinner treasure hunt tu ialah battle night.
so gigih la kami ahlil pasukan nak cari outfit battle katanya.
sebelum tu, aku dengan encik z pergi greenwood sana.
konon nak tengok boot bundle.
kata bundle, bukan patut murah ke?
tapi mahal uolls. so tak koserrrr…

tak dapat beli boot bundle, dapat makan cucuk-cucuk pun jadik lah.
eh, betul kan namanya cucuk-cucuk?

My Mya045

kemudian ke uptown cheras pulak.
sekalian berjanjian dengan ahlil pasukan yang terdiri dari encik z, payiet & nadia.

masa ni tengah gigih mau membeli topi.

My Mya049

My Mya051
: : gigih menawarin harga topi : :

last-last minute barulah nak cuci kereta segala.
very not good punya perangai kan?
sudahnya jumaat malam tu pukul 2 pagi baru tidur.

My Mya053

di hari kejadian kesiangan sudah. hu hu.

NOTA KAKI : entry aku memang sudah tidak mengikut susunan. aku update ikut sesedap tekak aku jer. mau baca, sila bertahan. tak mau baca, ada aku kisah????

Kisah Pemandu Teksi

posted by:

siapa yang baca blog aku nie memang udah tau kan hari tu yaya kena penyakit kaki, tangan dan mulut.
so isnin lepas kerja aku terus shoot ke puduraya.
naik bas pukul 7.30 malam.
encik z menghantar aku hingga ke pintu bas.

My Mya017

: : hitam kelam uolls : :

sementara bas nak gerak tu, ada seorang pakcik sudah naik atas bas.
dia bagi 3 kitab/buku yang beunsur keagamaan.
of coz la kita tau dia bukan bagi free.
nanti ujung-ujung dia patah balik mintak duit kan.
being me yang cepat nauu simpati, aku decide mau beli salah satu buku itu.
aku tunjuk buku tu pada encik z dari atas bas.
dia tunjuk buku yang bertajuk apa itu taubat.
means dia suruh beli buku tu lah.
lalu aku pun beli. tapi tak habis baca lagi. baru suku saja. hu hu.

My Mya033

dipendekkan cerita, bas pun bergerak.
aku cam tidur-tidur ayam sajork. teringat kat yaya.
lebih kurang 4 jam gitu, selamatlah sampai
kul 11 malam gak la.
pastu terpaksa lah menaiki teksi.
aterr sudah di malam hari, namo la menyusahkan mama.

aku naik satu teksi ini. driver teksi adalah seorang pakcik dalam lingkungan umur lewat 50an.
dia punya ramah mesra cam terover-over lak.
dia tak bagi aku duduk belakang.
suruh aku duk depan. katanya ‘boleh la kita sembang sembang’
sembang apa pakcik oii, dah pukul 12 tengah malam nie.

nak jadi cerita, dia tak lalu jalan biasa dari kamunting ke TLJ.
lalu short cut katanya. tah mana jalan dia lalu.
sunyi, gelap gelita, semak samun uolls.
masa ni aku dah ketakutan. memacam doa aku baca dalam hati.
hu hu hu.
dia berborak tak henti-henti tau.
ntah apakebenda topik semua dia cover.
pastu slow benauuuuu dia drive. serius uolls, i memang takut.

tapi akhirnya selamat jugaklah sampai kat rumah.
tobat lah pasni namo la naik bas malam-malam lagi.

sampai kat rumah, peluk yaya puas-puas. kemudian tidur.
keesokannya. baru belek telek lidah dia yang luka itu.
alahai siannya. memang la pedih.
jangan kata budak, kita orang tua nie pun kalau sakit lidah, harus naik hantuu kan.

My Mya005

sekarang yaya sudah sihat boliau… :)