Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for November 17th, 2009

Santaian di Chawan

posted by:

balik dari rakaman ewah ewah, payiet dengan aku zass ke restoran chawan. nak makan berat, rasa macam tak berapa nak lapar.
lalu mengorder makanan lite-lite sajorkk.

DSCN0156
: : roti bakar : :

DSCN0157
: : keropok lekor : :

DSCN0159
: : kopi yang setappp tappp : :

sambil makan, sambil borak dan buat kesimpulan pasal rakaman ewah ewah itu. sambil tengok gambar dalam kamera.

ok aku tau entry nie takde bermanfaat.
tapi sebab gambar memang dah ada dalam draft, so kasik update jugak laa..

ada sesiapa lagi yang tak tau restoran chawan kat mana?
berdekatan dengan bangsar village.
tak tau bangsar di mana? sila lah google. sekian.

Penutup Ewah Ewah Bloggers

posted by:

dan akhirnya sampailah di penghujung rakaman rancangan ewah-ewah ini.
kumpulan merah dinobatkan sebagai juara.
kumpulan oren nombor dua. kumpulan biru nombor 3.
ok la tu. yang penting semua pun adalah bergembira.

IMG_5883

tak reti-reti nak pulangkan segala mak nenek mikrofon?

DSCN0151

dan diperkenalkan… barisan bloggers yang terlibat dalam episod ewah-ewah kali ini…
mereka terdiri dari……

DSCN0150
: : kakred aka mak merah. ada sapa-sapa yang tak kenal kah? : :

 DSCN0147
: : cindy. the first Malaysian Dreamgirl. sangat la tinggi melonjong. cantik lagi comel. dan sangat baik lalu fasih benar berbahasa Melayu : :

sesiapa yang berkenalan dengan cindy ini, pasti akan menyenangi dirinya.. :)

DSCN0148
: : epi aka ginga. yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog. he he he : :

DSCN0149
: : joe. yang bergambar sambil membuat muka comel. nie pun of coz ramai kenal kannn : :

DSCN0152
: : abang zaidi. partner saya dalam ini ewah ewah : :

yang bawah nie ialah payiet.
beliau tidak terlibat secara langsung dalam ewah ewah.
tapi terlibat secara tidak langsung kerana beliau lah yang mengsnap semua gambar dan video yang ado.
thanks nyah!

DSCN0154

last but not least, terima kasih daun keladi pada kakred di atas peluang ini.
kalau ikutkan, dah banyakkkkkk sangat aku terhutang budi dengan beliau. hu hu hu.

DSCN0146

gambar yang ada watermark semua kredit untuk redmummy.com.
oh, tayangan ewah-ewah nie insyaAllah bulan 12 nanti. hari sabtu.
bila dah confirm tarikhnya, aku warwarkan la ek…

ok! siap selesai sudah entry ewah ewah yang berabad ini. heh!

3 Games Yang Dipertandingkan. Ewahh..

posted by:

dalam gameshow ewah ewah ni ada 3 games yang dipertandingkan.
2 games menguji minda.
1 games menguji fizikal.

dimulakan dengan game yang pertama.
ala-ala win lose or draw.
oleh sebab kepala otak aku agak kedaung nak meneka segala, so aku amik keputusan untuk draw, manakala abang zaidi meneka.

DSCN0112
: : mendengar explanation dari KE dan apek : :

tak banyak gambar disnap sebab payiet meleka amik video gak.
thanks kakred dan abang sirman untuk semua gambar-gambar ini.

soalan adalah senang jer.
kena lukis cawan. kena lukis dagu. lukis gelang.
sonang baitu. tapi kalahhhhh dengan grup merah.
ciss cisss…

IMG_5596

game kedua ialah badan aku diikatkan dengan getah ala-ala lastik tu.
kira bila aku jalan ke depan, getah tu akan tarik aku ke belakang.
so kena guna tenaga yang maksimum untuk tarik badan ke depan.
kemudian lekatkan bola-bola api kat board depan tuh.

memula masa grup merah dengan biru buat, aku cam alamakkk…matikkk la hakuuu…
tambah plak bila nengok cindy terpelanting sampai tersembam ke lantai. adoiyaiiii….

tapi rupa-rupanya aku boleh buat okkkk…
sangat kentangggg…..
payiet ada amik video. tergelak-gelak aku nengok.
alah, nanti korang nengok je la kat tv ek.

oh. untuk game nie, rumah oren menang. yeay!

IMG_5809

IMG_5802

dan game yang terakhir ialah mencipta perkataan dari huruf yang diberi. harus la otak aku kejung.
memang menggagal betul bab berpikir-pikir ni. heh!

IMG_5839

IMG_5845

bak kata kakred, game sikit pastu berjoget.
joget nya kemain lama. main paksa-paksa berjoget okkk.
sampai sakit pinggang.

IMG_5652

apa la yang aku happy sangat sampai terlentok-lentok kepala tu kan?
he he.
takpe. yang penting enjoiceeeeee….

DSCN0137