Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for November 13th, 2009

Perkembangan Yaya

posted by:

thanks pada yang ambil berat tanya tentang kesihatan dan perkembangan yaya.

yup, yaya kena penyakit kaki, tangan dan mulut.
belah-belah pelipat cam siku, lengan dan celah jari dia tumbuh bintik-bintik merah.
paling teruk dalam mulut dia, expecially kat lidah dia.
macam ulser pun ya. macam kulat lidah pun ya.

dia tak dapat nak makan sebab sakit katanya.
nak sapu ubat pun dia rasa pedih.
every time nak makan ubat, dia dok mengadu ’sakit mommy, sakit’
alahai. nak luruh rasa jantung dengar dia merengek macam tu.

DSCN8578

DSCN8581

DSCN8582

sepanjang 2 hari aku balik TLJ hari tu, dia memang melepek jer.
tapi mama kata ada perkembangan jugak.
before this langsung diam tak bercakap.
tapi masa aku balik, tengok tv sama-sama.
dia dah mula gelak-gelak ketawa.
sakit plus rindu aku sama kot :-(

yaya tak kena tahan wad pun. doktor bagi ubat makan dan ubat sapu.
kalau takde perubahan baru bawak ke hospital untuk injection etc.
tapi alhamdulillah, hari ni dia dah beransur sihat.

DSCN8593

once again, thanks pada semua yang sms/call/sametime/YM/FB.
sayang jugak korang kat anak aku tu eh? :)

Sedikit info berkenaan penyakit kaki, tangan dan mulut

* Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
* Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
* Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
* Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
* Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan

Tanda dan Gejala Penyakit

* Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
* Ulser di tekak dan mulut
* Demam
* Sakit kepala
* Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan

* Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
* Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
* Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
* Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
* Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
* Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

* Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
* Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
* Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerabu Epal Hijau

posted by:

Bahan-bahan :

- 2 biji epal hijau
- 1/2 batang lobak merah
- 2 biji cili merah
- Cili padi (mengikut citarasa)
- 1 labu bawang besar
- 1 biji limau nipis/kasturi (diambil jus)
- 1 sudu kecil gula
- Garam secukup rasa

DSCN8533

Cara membuat

1. Epal dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang
2. Semua bahan lain dihiris
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau
4. Kacau rata dan rasakan masamnya
5. Sedia dihidangkan

DSCN8535

sonang baitu nak buat kerabu mangga ni.
pejam mata pun boleh. oleh sebab aku takde penyagat, so aku hiris je epal hijau dengan lobak merah ikut sesedap tekak aku.
janji masuk perut cukup. kata nak makan sendiri kan.

kau boleh tambah bunga kantan dan daun ketumbar jika mahu.
aku tak mahu, sebab tu tak tambah.
cili padi merah tu pedas terlampau okkk…
even tak gigit, cuma gaul dengan epal.
tapi dia lekat kat epal tu, perghhhh….
sesuai untuk dicili kat mulut kaknampahbedah.

ok. selamat mencuba!

DSCN8536

Tip : Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopaus.

Selamat Pengantin Baru Dzul & Norma!

posted by:

wedding dzul dengan norma nie aku pergi sebelah dzul.
sebelah norma tak dapat nak pergi sebab masa tu aku gi kursus kahwin kan.
sib baik rumah dzul pun dekat baitu.
so kalau tak gi gak, memang la sungguh tak patut.

tapi dalam dekat-dekat tu, sesat barat la jugak.
sebab gara-gara salah simpang.
aku pun bijak pandai nau, tak print map.
sepanjang jalan la kena tarbiah dengan encik z. hohoh.

bila dah dapat simpang yang betul, jalan menyesak la pulak.
pastu driver-driver semua pun adalah kurang hajar tahap ‘jalan ini aku yang punya’. begitu.
tapi berkat kesabaran dan kecekalan katanya, sampai jugak la kat rumah si dzul nih.

kelass wedding ko dzul, siap ada tempat letak kereta yang luas terbentang lagi. so tiada masak elah untuk mengepark kan kereta.

tak menyempat-nyempat, terus mau pose dengan banner ini.
sukerrr…
dzul dengan norma ni kan, aku kenal sebab sama-sama join untuk perarakan hari kemerdekaan tu la.
tapi ujung-ujung kensel kan.
kira kami sama-sama la merasai kekecewaan itu.

DSCN8552

yang best diorang berdua nie, kedua-duanya adalah sengal.
tapi bukanlah sengal yang menyakitkan hati.
mereka ini sengal-sengal kelakar.
cam kau nak pot pet apa pun, semua boleh masyukkk…

DSCN8554

: : makanan yang dihidangkan di hari kejadian : :

ada tapai uolls…..
aku purak purak letak satu tapai dalam pinggan encik z.
walaupun aku tau dia tak makan tapai.
strategi uolls. satu kat pinggan aku, satu kat pinggan dia.
takde la nampak aku kebulur nauu kan.
dan tapai itu adalah setapppppppp…
nak tapaiii lagikkk…
 
jumpa isma & erwan tapi diorang pun dah nak pulang.
tak sempat nak beramah mesra comolot.

tapi jumpa ini 2 orang budak. so duduk setable sambil bergosipan.
paling best dedua muka adalah terkejuit bila aku sebut tarikh nikah aku.
korang antara yang terpilih tau aku bagitau nie.
orang lain tanya, aku cakap no komen jer.
cehhh.. ingat ko artis? celebrity? nak no komen segala. puiii…

DSCN8555

: : with janet & sury : :

dah lepas makan, pergilah berjumpa pengantin.
oh tipu tipu. sebenarnya sebelum makan, aku dah gi jumpa pengantin dulu dah.
lepas jumpa pengantin, baru lah makan.
matikk la kalau karangan spm ni, harus aku dah menggagal.
karangan caca marba kekdahnya.

DSCN8550

: : kuning diraja uolls : :

DSCN8551

: : motipp aku melentok? : :

DSCN8557

: : bersuap suapan kek : :

DSCN8560

: : doorgift : :

buat dzul dan norma, selamat pengantin baru.
semoga kekal hingga ke hujung nyawa.
syiokkkkk la korang dah kawinnnnnnnnn….