Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for November 3rd, 2009

MJ – This IS It

posted by:

DSCN0065

kami berlima pergi menonton ini cerita michael jackson.
aku pun taktau nak bagi nama filem ke, drama ke, dokumentari ke, rencana ke.
aku keliru.
memula tu netty yang propose mau tonton ini cerita.
aku nie ON sesadoo. walaupun tak tau hujung pangkal benda alah nie kan.

pada sesiapa yang pun keliru seperti aku, ini cerita aku rasa lebih kepada persediaan MJ nak buat konsert terakhir beliau itu.
ada la temuramah dengan penari, pengarah pentas dan orang-orang yang terbabit dengan ini konsert.
pasti ramai yang kecewa dah hati berdarah kerana tidak dapat beraksi di hari konsert sebenar.

eh.. nak cerita sikit, kitorang masuk agak terlambat dalam itu panggung. tapi terlambat pun idok ler sampai cerita dah start.
dah la tiket full house, kami berlima terpisah seat.
3 di atas, 2 di bawah.
so agak kaget mencari seat.

dalam dok berbisik-bisik mencari seat, tak semena-mena tetiba ada suara berbunyi ‘SYYYYYHHHH…. SYHHHHHHH….’
hek elehhhh…. lu per hal minah?
pastu bukan sekali lak dia bersuara. 3 kali begitu.

kemudian netty menjerit ‘the movie hasn’t started yet LAH!’
terus terdiam ko. aku pun apa lagi kasik panas..
aku jerit ‘KECOHHH’
kann.. tetiba feel feel panglimawati.

selain dari persediaan konsert, ada jugak diselitkan the making of video klip dan video klip ini MJ.
video klip semua superbbb dan terbaik.

kurus je ek MJ ni kan? paling tak boleh bla ialah suara dia.
suara kepit jer aku rasa. halus dan lemah lembut. heee…
lepas tu dressing dia. very the carca marba.
tapi takde pun orang kisah kan? semua pun suka sahaja.

dan. aku rasa yang datang tonton nie kan, semua pun peminat kipas susah mati beliau ar.
tiap kali habis menari or video klip semua pun tepuk tangan dengan gemuruh.
di akhir cerita, ada yang siap berdiri tepuk tangan bersungguh-sungguh. heh!

aku dengar kata tayangan MJ – this is it ni cuma 2 minggu.
betul ke ek?
kalau betul, sesiapa yang dah pasang niat nak tonton tu, baiklah cepat yer.
kalau tak, menyesal nanti… :p

Feel Feel Orang Kaya @ H A R R O D S KLCC

posted by:

hari jumaat adalah hari berouting bersama girlfriends.
sudah merancang mau pergi menonton.
menonton apa? sila bertahan sehingga ke akhir entry yer anak-anak.

oleh sebab waktu tontonan adalah jam 9.30 malam, jadi aku bergerak agak lambat dari office.
main bridge sampai lebam. tapi not my day.
kalah sesadooo… heh!

lepas maghrib, bertukaran baju dan terus zass ke klcc sana.
sib baik jalan adalah lurus tiada bengkang bengkok.
lalu terus mencari parking.
kemudian menelefon netty.
dia dengan kakmai tengah berdinner di harrods.
harrods uolls…

DSCN0058

masa aku sampai tu, diorang dah habis dinner.
tengah nak order dessert.
sib baik kan. aku nengok menu dan harga terus rasa nak pitam okk..
kalau kau takde RM100 dalam poket, jangan le berangan-angan nak makan di sini yer.

ujung-ujung aku amik secubit je dessert mereka.
tak sanggup nak laburkan duit makan di sini.
bukan standard saya. yer yer saya memang berpijak di bumi yang nyata.
sesekali mungkin ok la. tapi bukan kali ini.

maybe kau nak kata aku nie kedekut, or berkira or apa-apa je la, tapi aku ada prinsip sendiri.
benda yang boleh kedekut, kena kedekut.
benda yang tak kena kedekut, aku tak kedekut.
begitu. *pening dengan ayat sendiri.
pendek katanya, bersederhana lah.
dan jangan mengpropa.

kalau ikut hati, memang la teringin nak try makanan nie semua.
sedap nauu ke sampai harga mencanak-canak. kan?

DSCN0060

: : berharga RM23 : :

Pictures

: : netty & kakmai : :

DSCN0063

: : aku yang berbaju buruk feel feel orang kaya di harrods : :

 dan seperti kebiasaan jugak, bila keluar dengan mereka, baru la aku ada peluang nak masuk butik yang haibat-haibat.
sorang AM. sorang SE. memang standard mereka la kan.

lalu masuk ke butik moschino.
sehelai blouse bodoh jer harga sudah RM2000. gila kaaaa????

My Mya033

kemudian ke butik G2000. berkenan betul aku dengan satu blouse tu. RM149 sehelai tak silap. haihhh…

My Mya037

: : mereka yang gilakan barangan berbranded : :

puas meronda, jumpa dengan zli dan ayesha.
kerana kami berlima mau menonton together-gether…
terus sahaja ke TGV. yokkk…

Terung Goreng

posted by:

hari tu aku sangat merajin mau try resepi baru.
baru lah pada aku. mungkin lama pada kau.
aterr.. aku kan tak pandai memasak.
tapi aku tak pernah rasa putus asa atau mengalah.
cuba dan terus mencuba okee…

kali ini aku masak terung goreng.
ah senang baitu. sap sap soiii dah siap.
sebelah mata memasak pun boleh.

resepi dan cara memasak semua pun ada di hujung entry ini.

DSCN0073

: : bawang besar, terung digaul kunyit dan garam, cili merah, cili padi : :

My Mya051

: : bawang besar, cili merah dan cili padi digoreng : :

My Mya053

: : terung yang digoreng garing : :

My Mya059

: : siap sedia dimakan! : :

Bahan A :

- terung panjang (dibelah 2 dan dipotong di tengah)
- 1 sudu besar kunyit serbuk
- 1 cawan minyak masak
- garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)

- 1 labu bawang besar
- 10 biji cili api
- 5 biji cili merah

Cara Memasak

1. Terung digaulkan dengan garam dan kunyit
2. Panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng ikan hingga garing
3. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan
4. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, cili api dan cili merah hingga wangi
5. Angkat bawang dan cili kemudian tuangkan di atas terung
6. Hidangkan bersama nasi putih

Tips

Terung mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang dapat mengubati kekejangan saraf. Ia juga boleh mencegah dan mengubati epilepsi dan penyakit kejang.

sedapp okee… matikla puji diri sendiri.
ada masa aku rasa ok jer nak puji diri sendiri.
tapi haruslah kena pada masa dan subjek yang dipuji tu.
ini kalau dah hidung penyek, nak kata hidung mancung memang la tak relevan.
motiff cerita hidung dalam entry masakan? heh!