Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for November, 2009

Bersama Mereka Yang Sengal…

posted by:

ini adalah kisah pagi dan tengah hari di awana kijal.
memasing bangun awal sebab mau breakfast.
memasing jugak turun awal sebab mau lunch.
kelaparan tahap kedaung.

kebetulan di meja makan, bertembung dengan grup zairul, ikin, kama & nok.
sambil makan, sambil pot pet itu ini.
serius mereka ini adalah lawak terlampau.
memang banyak gelak dari bercakap.

takde apa sangat nak distory kat sini.
tapi di sana memang macam-macam cerita lah keluar.
sungguh enjoice sekali…

DSCN8608

DSCN8610

baru lepas mandi, selepas jalan-jalan di pantai.
perghhh.. segar bangat…
tapi itu la rupa paras rambut aku. very the melepek dan begitu frizzy sekalik.

DSC_0138

breakfast dan lunch di hari kejadian ok ok la.
kira banyak pilihan boleh dipilih lalu dimakan.

DSC_0139

DSC_0151

: : speku spekuuuu : :

gambar adalah tidak mengikut susunan yer anak-anak.
yang aku pakai baju pink tu, waktu breakfast.
pakai baju putih tu, waktu lunch.
so sila bayangkan sendiri.

DSC_0148

: : zairul dan skill mengeluarkan bunyi dari gelas : :

sebelum bersurai, marilah pose pose maut di tepi tangga.
jangan ada yang tergolek jatuh, sudah.

diakhiri dengan soalan yang berbunyi : apakah nama benda alah yang seperti dibawah ini?

DSCN8612

Sabtu Yang Sayu

posted by:

sabtu pagi cadangnya nak ke kubur arwah abah kat segambut sinun.
tapi dari pagi, udahnya kul 11.30 pagi gitu baru la gerak.
agak lama jugak aku tak ke sini. haihhh….

Clip013

Clip014

semoga beliau tenang di SANA…

dari tanah perkuburan, kami ke taman sri segambut.
mama nak ke rumah kawan lamanya. kawan lama masa masing-masing masih membujang.
agak-agak kita esok, boleh ke mempertahankan persahabatan hingga ke penghujung usia begini ek?

kami dijamu dengan rempeyek dan kek coklat yang sungguh lazat.
tak cukup dengan itu, kami ditahan jugak untuk makan nasik.
sup daging, ikan masin dan pucuk ubi yang wallahhhh…

Clip015

bagi can mama berborak dengan kawan dia.
manakala aku dengan encik z borak dengan pakcik mat, husbandnya.
keluar semua sejarah tentang singapore dan keretapi. cool jugak kan borak-borak dengan orang tua..
mereka kan banyak pengalaman…

Clip016

Clip017

: : amboi amboi… sesuka je panjat kerusi kan? dah turun! : :

dari sini, terus ke kl sentral. nak jemput adil. tapi flightnya delay lah pula.
so kul 5petang camtu baru sampai kat kl sentral.

Clip018

balik ke jasmine, badan aku adalah meletih terlampau. plus kerana period juga barangkali.
pukul 8 malam aku terus terlelap sampai keesokan harinya.
perghh.. dah lama tak dapat tidur yang begitu lama!

tapi hatiku masih lagi sayu! oh…..

Salam AidilAdha…

posted by:

rasanya nie kali ke 2 kot aku beraidiladha kat kl.
lama dulu masa yaya baru lahir. kira tahun pertama yaya berhari raya di muka bumi nie.

kaklong balik raub. adil lak sehari lepas raya baru balik KL.
so kami 3 beranak je la beraya kat jasmine ini.

satu baju di beli di tesco. satu baju di beli di jusco. eh eh.. it’s a rhyme! he he..
dedua baju pun adalah murah. mak kan kemiskinan tegar uolls.

DSCN8850

pukul 11 lebih gitu encik z pun sampai.
katanya mau bawak kami ke rumah pakciknya di ampang sana. ada kenduri doa selamat.
ujung-ujung postpone sehingga ke lepas solat jumaat.
langsung dia berumah tangga kat sini sementara tunggu masanya tiba.

DSCN8852

inilah set barbie yang berharga RM80 itu.
cer ko nengok. tak rasa marah ke. walhal set masak-masak je pon.
sila jaga mainan kamu dengan baik yer cik adik…

DSCN8854

DSCN8855
: : apa ajalah yang masing-masing tengah propa kan itu : :

tak berapa lama lepas tu, kaktin sampai bersama najihah dan a-ah.
sebatang kara kan katanya. takpe kak, yang penting kita tatappp beraya together.

DSCN8856

DSCN8857

oh di hari kejadian mama masak nasi himpit, kuah kacang, sayur lodeh.
ketupat beli 3,4 ketul je untuk yaya. dengan rendang ayam pun mama masak.
thanks kaktin sudi datang memeriahkan aidiladha ku…

pukul 2 setengah camtu, baru lah bergerak ke ampang sinun.
hujan turun melebat tak hingat-hingat.
kat sini sambung makan lagi. macam-macam ada.
termasuk seekor kucing yang obesiti. gemok uolls.
dan juga seekor burung yang pandai berkata-kata.
ceh.. takde la berkata-kata nauu pun. tapi cam aktif gitu.

DSCN8858

DSCN8860

:: yaya with adik bongsu encik z : :

kemudian di hujung petang, family encik z pulak bertandang ke jasmine.
dengan keluasan rumah mak yang ala-ala besar sikit dari kangkang kera, haruslah terpaksa bersempit-sempit sedikit. aterrr… adik beradik encik z saja 10 orang. plus omak apaknya 2 orang. plus ipar duai 2 orang.
tak ke 14 orang semuanya?
meriahuolls konsepnya. gitu….

aidiladha korang bagaimanalah pula?