Ke Zoo Taiping Bersama Birthday Girl

Wednesday, 8:55 pm

DSCN9907

aktiviti di hari sabtu ialah ke zoo taiping.
yer yer aku tau aku dan yaya baru saja ke zoo taiping.
tapi kami mau ke sana kerana sebab-sebab tertentu.
eh suka kitorang la kan??

sampai di zoo taiping, aku cam agak terkesima.
RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak?
apasal macam mahal eh? ke memang harga begini?
ke naik harga sebab hari kejadian adalah deepavali?

jadi kami anak beranak bermesyuarah terlebih dahulu.

DSCN9908

alang-alang dah sampai di tempat kejadian, jadi kami proceed saja.

aku yang memasam muka kerana membayar tiket mahal.
manakala yaya memasam muka kerana mommy nya memasam muka.
ok ok tak de kena mengena.

DSCN9911

cuaca adalah panassss terlampauuuu. panas je kat ubun-ubun.
tak banyak pun snap gambar sebab ntah… sebab tak tersnap la kot.

DSCN9917 : : yaya dan beruang : :

tak sampai suku jalan, yaya sudah mengeluh ‘kaki ya sakit la mommy’.
adoiyaiii… jangan buat hal ya oi. dah bayar tiket mahal-mahal nie.
pepelan la kami anak beranak menapak keliling itu zoo.

DSCN9912

kesian pulak tengok dia buat muka seposen.
jadi stop di playground.
wah… sampai playground tak penat pulak awak yer?
dok sibuk main gelongsor, jongkang jongket bagai.
ok takpe bagi can dia main 15 minit.
kemudian teruskan perjalanan.

DSCN9914

DSCN9918 : nerdabi jokut aka babi bodoh. masak elah nya, ada ke pun babi pandai? : :

lepas dah penat tawaf, yaya request mau naik train. eh train ke tram ek?
bedal. so naik itu train. manusia adalah meramai.
so kena tunggu turn lebih kurang 15 minit gak ar.

DSCN9919

DSCN9924 : : one last shot sebelum meninggalkan zoo taiping : :

dari zoo taiping, kami ke tesco. mau makan KFC.
kemudian aku beli kek secret recipe. dah pandai request kek secret recipe ooo dia.
tapi takde la request terlampau sampai hentak kaki ke apa.

aku rasa beruntung sangat dapat anak macam yaya nie.
terima kasih ya Allah. dia sangat memahami dan sangat mendengar kata.
alhamdulillah. semoga kekallah begini sehingga dewasa eh ya?

DSCN9925 : : berat yaya sekarang : :

DSCN9930

demikian kisah simple sambutan birthday yaya yang ke 5 tahun di taiping.
insyaAllah ada rezeki lebih, kita celebrate lagi kat kl k? :)

This entry was posted in Taiping, Yaya. Bookmark the permalink.


6 Responses to Ke Zoo Taiping Bersama Birthday Girl

  1. Nur says:

    nice dua beranak nie punya t’shirt..kalau yaya pakai jeans & ikat rambut kuda serupa mommy nye sure cute..winking
    .-= Nur´s last blog ..LEMPENG.. =-.

  2. Ernie says:

    ish lame giler aku x gi zoo….. erm.. zoo taiping nih rasenye… aku lom pernah pegi lg kot….:I
    .-= Ernie´s last blog ..Entry Jamuan secara marathon….. =-.

  3. Mama Qaseh says:

    So suwettt u too Yang..i loike mama n yaya too..Hepi burf day laling cayang..mg mnjadi ank yg mommy harapkan yea..amin
    .-= Mama Qaseh´s last blog ..”Welcome Back” =-.