Ke Taman Tasik Taiping

of coz aku ada banyak cerita nak update kat sini.
tapi tuh la dia, nak cucuk cable, nak transfer ke laptop.
nak edit, nak upload. adoiyaiiii… remeh tull..
dengan broadband prepaid aku yang kedaung tuh.

tapi katanya nak jadi blogger tegar. kena kental la jugak.
kalau boleh takmo la biar blog kosong tak berupdate kan.
dah la semangat gigih membeli dot com segala.
kena la kerja keras membanting tulang nak cover balik tu semua. hohoh.

memandangkan gambar tunang semua ada dalam external, jadi aku update dulu la mana yang ado.
tapi nie takde kena mengena dengan kisah pertunangan.
ni kisah selepas pertunangan. ok kan?

ini adalah adil. dan girlfriendnya yang bernama yana.
dalam FB, gambar tak berapa terang.
tapi bila jumpa live, boleh tahan comel orangnya.
pandai kamu pilih girlfriend yer, adil? 😀

yana datang di hari kejadian pertunangan aku.
dikenalkan secara tak rasmi pada kami sekeluarga.
welcome eh yana.
tapi ni kakngah nak bagitau sikit.
selagi belum secara sah masuk ke keluarga puan normah dan encik mukhtar, tak boleh lah nak enterframe selalu ek.
baik dalam gambar. mau pun di luar gambar.
tak molek uolls.

kalau ada event ke, ada cuti-cuti malaysia ke.. haa takpe.
tapi kalau sesaja, namo namo. wokeyy?

KakNgah 402

dah selesai segala majlis, kami berempat keluar jalan-jalan sekitar bandar taiping. nak bawak yaya, tapi dia dah lena tidur.
letih la tu kot. dengan panas membahangnya.

memula kami ke cashier. minum ais kacang.
aiseyy tak ingat la plak apa ke nama ais kacang nie.
tapi ada sebut mountain mountain laaa..
yang pasti bukan mountain bike yer uolls…

KakNgah 403

kemudian terus ke taman tasik taiping.
jalan kaki, hirup udara segar. ohh… best sangattt…

KakNgah 404

kemudian ke tempat batu buaya.
dulu kecik-kecik arwah abah selalu bawak kitorang adik beradik gi sini. aku macam dah ingat-ingat lupa.
tak sangka adil ingat lagi.
dia la yang ajak gi sini.

boleh memula encik z percaya yang tu sebenarnya buaya hidup.
kena sumpahan sebab ditegur dek sang kelembai.
he he he. pandai jugak adil pekena kan orang.. :p

KakNgah 405
: : saya di atas buaya : :

KakNgah 406
: : saya dan yana di atas buaya : :

menanah je bijik mata haku nengok janggut sejemput si encik z nie.
apa ko ingat ko hensem berjanggut segala. heh.
tapi kan, janggut ke.. tak janggut ke.. tatap i sayang u.. 😀

KakNgah 408

2 gambar di bawah nie encik z testing testing kamera aku yang nan hadooo itu. baru aku tau boleh set-set jugak dalam kamera tu sendiri.
lighting dan non lighting gitu laa…

KakNgah 414

KakNgah 416

korang dah pernah pergi taman tasik taiping?

20 thoughts on “Ke Taman Tasik Taiping

  1. weyy meh aku nk habaq kesah sedih

    aku tak pernah turun dok jalan2 kt tasik tu
    takat lalu nk pegi Tepeng je
    bile ajak benti, ade je alasan coi tu

    tapi kan, ade sekali tu kitorg benti kt kubut kristian tu
    bleh dia tunjuk port dia melepak kt situ
    gile tak romantik bwk aku gi kubur kafir

  2. Tatoooot tgk ais kacang tu, menjulang tinggi uolls. Nyah nanti kami smua ke sana ko bawak jalan jalan ke tasek ni ek

  3. ai suker tgok u bersanggul..dolu u penah tanya ai elok ker klu berambut pendek cam kak longnya..dah bersanggul nie bru ada iras2 adik badik..:)..tggu u dah ada pertambahan dlm family bru nti..baru sesuai rambut pendek..sbb silap2 masa tuh nk ikat rambut pun tk sempat ..;)

    menakutkan rupa paras air kacang tuh..ais kacang tuh satu kaler tuh jer ke..selalunya ais kacang berkaler cam pelangi kan kan..

    pic kt tasik tuh nampak klasik gitu..setenang airnya adakah juga perasan sebegitu dikala itu..

    • i pun suka bersanggul cuma muka jadik agak melebar. hihi..

      ni ais kacang spesel. walaupun hitam tapi menyelerakan!

      yer yer.. hati i sungguh tenang masa nie… baru jadi tunangan orang la katakan.. he he..

  4. awat tinggi bebenor ais kacangnye cik mya.. huhu.. cam best je taman tasik taiping tu ye.. tp tu la.. takde partner nak gi doh..

  5. itu ais kacang nama ‘Black Mountain’ la kakak!!
    itu buaya batu aarrr.. sy juga ada gambar itu duduk.. masa kicik punyaaa….
    hahahhahahha

Comments are closed.