Encik Ali Hussain

Thursday, 11:42 am

semalam tengah hari aku menapak ke ali hussain kat jalan TAR.
aku ke sana adalah bersempena mau membeli t-shirt untuk inter DG bridge hari jumaat nie.
cam last minute jugak ar aku dapat duit dari pihak yang sepatutnya.
walhal aku dah mintak masa puasa lagi tau….

pastu ujung-ujung aku kena gi beli tshirt sendiri.
ingatkan memang dah ada dalam simpanan commitee. rupanya nan adoo. huhu…
tu yang terpaksa bangat ke ali hussain sana.

ada ke masa aku mention nak pegi ali hussain, boleh si payiet gelakkan aku?
katanya bukan ali hussain la. tapi al-ikhsan.
oi oi oi. walaupun mek ni kaki bangku, tapi mek tau gak la kedai-kedai sokan nie.
usah ler nak propa mek yer.

memang ler wujud al-ikhsan. tapi aku nak pergi yang ali hussain.
sebab setau aku, office aku ni kalau ada apa-apa memang dema beli tshirt kat sini.
dapat murah la kot.

tak banyak pilihan sedia ada. sebab katanya kalau nak yang memenuhi citarasa, kena tunggu sehari 2.
dorang kena amik kat store. ah kuasa la aku nak tunggu segala.
amik yang mana ada sudehh. kena beli kaler merah. ok ada.
cuma saiz la semua pun saiz L. ah nasibb lerrr sapa muat sapa tak muat.

DSCN9323

lepas selesai proses pembelian, kami ke A & W untuk bersantap.
cam best je makan kat sini. takde nak kecoh kecoh beratur ramai orang ke hape ke.
cuma kenapa ek A & W berkira dari segi straw dan sos?
ada amalan pencatuan kah di sini?

My Mya000

lepas makan, kami pun menapak pulang. sekian.

oh, kalau ada yang nak tau tentang ali hussain, boleh klik sini.
kedainya terletak di No. 7, M Floor, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  03-2692 1117.

selamat bershopping!

This entry was posted in Rutin. Bookmark the permalink.


2 Responses to Encik Ali Hussain

  1. payiet82 says:

    Wahai incik Ali, bebawak la pindah kedai baru. Kedai nya terletak dicelah bedah kan nyah. Gigih nak mencarinya.
    Coney Dog nyum nyum tetiba tringat patung beruang A&W yang macam…….. hahaha