Dan Perjalanan Pun Bermula…

plan asalnya nak bertolak pukul 8 pagi.
kononnn la kan. aterrr janji melayuuuu…
ujung-ujung kul 10 baru gerak.

sebab perut adalah melapar, jadi kami singgah di R & R sungai buloh untuk brunch.  aterrr dah pukul 11 pun.  huhu…

tetiba je entry aku nie kan. takde mukadimah takde apa.
kalau jawab esei bahasa melayu spm, dah menggagal dah nie.
he he he.

ok begini. aku pergi bercuti-cuti minggu lepas. ke cameron highlands dengan encik z.
tapi idok ler kami berduaan sahaja.
ada lagi 2 orang makhluk Tuhan paling sexy yang sekalian together-gether. tapi mereka bergerak lambat.
so we go first, they go second.

oleh sebab perut kosong dan rasa meloya, tu aku amik apple lime.
sedap. eh, kitorang breakfast kat kopitiam kot nama kedainya.
kat atas jambatan sungai buloh tu. sebelah kfc.

DSCN9556

encik z feel western, jadi amik ini untuk santapannya.

DSCN9557

aku yang merisau takut sakit perut di pertengahan jalan, jadi play safe makan bubur sajork.

DSCN9560

tengah makan-makan tu, ada sorang budak laki datang jual vcd kat kitorang. sempat la aku interview budak itu.
katanya dia duduk kat seremban 2 sana.
dalam kategori fakir miskin.
huhuhu… sedih la…
aku memang tak boleh tengok budak-budak cenggini, sayuuuuu jer rasa.

dia jual vcd sekeping RM10. dua keping RM15.
so aku amik 2 keping. nanti boleh la tonton together-gether dengan yaya… 🙂

DSCN9559

dah lepas breakfast tu, tetiba aku tertengok kat tempat minyak myavi.
boleh penutup tempat minyak tu sudah ghaib.
dan tempat penutup belah luar tu ternganga terkangkang uolls.
errr.. kau paham tak apa aku cuba explain nie?

rupanya, masa isi minyak encik z sudah lupa la katup itu tempat minyak. adoiyaiiii….
nak tak nak, terpaksa masuk dalam area damansara damai sana, cari kedai aksesori.
harus la aku merajuk muncung sedepa.

tapi being me, merajuk sekejap sajaaa.. he he he.
lalu perjalanan pun diteruskan ke cameron highlands sana.

DSCN9562

DSCN9571

kurang 2 jam setengah begitu, kami sudah sampai ke kaki cameron highlands. kaki perginya kan….
cuaca adalah nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa.
o la la la…

DSCN9573

contest main teka-teka aku hari tu, aini jawab dengan betul.
so aini, tahniah yer. insyaAllah kad jemputan perkahwinan saya akan menyusul nanti. jangan lupa emailkan alamat k! 🙂

8 thoughts on “Dan Perjalanan Pun Bermula…

  1. biasanya klu akak gi stesen minyak mana2, leh mintak je penutup tangki tu – free je. ramai laa org yg lupa nk tutup tangki hehe.

    ni sy baca kat mana tah.. mmg leh dpt free je. ikot nasib kot.

  2. excited sgt sampai tak tutup tmpt minyak..selekeh aaa….

    ko pre- honeymoon ke maya? wakakakkaakak!

Comments are closed.