Anak Kucing & Anak-Anak Orang

Tuesday, 3:07 pm

dari birthday party alif, encik z ajak aku ke rumah zaid.
aku tak kenal pun zaid ni. cuma pernah la nengok rupa parasnya di office. tapi memang tak kenal. ngeee…

kebetulan zaid pun ada di tempat kejadian.
dan rumah nya pula adalah sekentut je dari pizza hut tu.
tak baik kita tolak undangan orang kan.
walaupun di dalam hati aku adalah amat menyegann mau ikut encik z.
tapi sebab semua pun zaid jemput, jadi marilah buat-buat tak segan.

kat rumah zaid, sambung makan lagi.
ada soto dan sagu gula melaka yang sedap.
lepas makan-makan, aku lepak kat luar melayan anak-anak zaid.
semua pun ada 4 orang. dan semua pun hero-hero…
melayan mereka bersama anak kucing.

yang besar ni tak silap aku namanya azim.
yang kecik comel selalu sengih ni namanya aziz.
very the peramah and pot pet.
dok bercerita salah silah sejarah anak kucing ni.

amboii si azim berposing. macam model majalah maskulin ok.

DSCN9431

kemudian anak kucing tu dok mengiau-ngiau.
aku cakap, mungkin dia lapar kot.
azim pun pergilah mencari susu.

DSCN9433

memang betul lapar uolls anak kucing nie.
kemain laju menghisap susu nya.

DSCN9434

lelama sampai terangkat badan.
yang si azim pun. awak dok jauhkan botol susu tu napa nyer?

DSCN9432
: : mengapakah dunia ini begitu kejam? begitu payahnya untuk mendapatkan setitis susu? : :

comel la aziz ni. every time aku nak snap, dia akan menyengih.
pastu dia kata ‘nak tengok, nak tengok’. so cute.

DSCN9435

kemudian mirza & muqri datang joint.
dengan takut-takutnya si muqri.
mula-mula dia macam sombong dengan aku, lama-lama manja u.
sukerrrr…

dan azim. masih dengan pose ala model majalah.
ada ciri-ciri jadi model nih.. :)

DSCN9436

dan aku. masih berharap akan dikurniakan anak lelaki satu hari nanti.
mudah-mudahan… :)

This entry was posted in Aktiviti, Friends. Bookmark the permalink.


10 Responses to Anak Kucing & Anak-Anak Orang

  1. apu says:

    wah dah 2 entry dah cakap psl ngidam anak laki. ala kak maya,amik je saya jadik anak angkat,wkakakka, leh everyday makan free kat cafe

  2. Nur says:

    insy’allah..kita mendoakan. ada gak geng yaya nk gaduh2 manja nti kan..

  3. TiNiE says:

    naper akak cam tak mengidam pun anak laki…
    hihihihi

  4. madulebah says:

    hangpa mengidam nak anak lelaki.. kami mengidam nak anak.. hik hik hik

  5. CekLaLa says:

    akak mengidam anak lelaki..
    owg dah ada satu laki satu pompuan…
    tp mengidam nak mengandung lagiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
    huuuwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!