Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for October 16th, 2009

Salam Pagi Jumaat

posted by:

hari nie aku bercuti.
tapi idok ler bercuti-cuti malaysia lagi.
ko giler tetiap minggu nak bercuti?
ko ingat aku anak tan sri? tetiba kan…

aku bercuti kerana pulang ke TLJ.
sibuk nauu orang dok tanya aku TLJ tu apa kan.
TLJ tu stands for taman long ja’afar.
nama taman kampung halaman aku.
dah taman, kampung pulak. bagaimanakah itu?

tak kisahlah. maksudnya aku balik taiping la. okee..
usah la di tanya-tanya lagi.
aku kekadang jadi letih la bila asyik diasak dengan memacam soalan.
dari aku ni baik-baik, terus jadi menyampah.
sorry la kalau ada yang membaca ni tersentap ke apa.

agaknya sebab aku bukan jenis begitu kot.
tak bermaksud aku tak tanya, aku tak concern or tak amik pusing hal kawan-kawan.
tapi bila bertanya tu berpada-pada lah.
perbezaan besar oooo antara concern dan busy body.
so pilih la anda mau berada di kategori mana satu.

wah. asalnya nak buat entry bagitau balik kampung jer.
ujung-ujung aku tazkirahkan korang lak ek?

apa-apa je la. ok tu jer.

entry cameron highlands minggu depan la aku sambung.
gambar adalah banyak dan mata adalah berpinar mau pilih.

happy weekend anak-anak! :)

dan oh yer… hari nie hari jadi anak saya!
happy birthday YASMIN aka YAYA yang ke 5 tahun!
muahssssss…