Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for October 9th, 2009

Cerita Campur Campur

posted by:

semalam aku lapar kedaung betul di pagi hari.
tapi sangat la kemalasan mau ke cafe mau pun kupang.
perut lapar, tapi malas. bagaimanakah itu?

haaa tetiba terus teringat biskut coklat yang JM bagi.
ingat tak hari tu aku ada cerita, yang JM dapat banyak hamper raya.
ada gak la makanan yang dia sudah lanting sama aku.
termasuk bakul yang cantikkkkk….

aku bancuh air milo panas. lalu di makan bersama biskut-biskut itu.
nyumm nyammm… sedappp…
ke bila dah lapar, apa pun jadi sedap?
lu pikirrr la sendiri.. heh..

DSCN9523

hari khamis adalah hari pasar malam sri rampai.
lamanyaaa rasa tak pergi pasar malam. so haruslah pergi.
waktu ke pasar malam ni pun, perut aku lapar kedaung.
mengapakah akhir-akhir ni selalu melapar?
apakah yang telah terjadi?

DSCN9524

sesampainya di pasar malam, hati menjadi tamak.
rangka ayam yang takde isi tu pun aku nampak seperti hidangan pinggan besar di wiliam. oh…

selepas membuat perkiraan, aku telah membeli mee rebus.
sebenarnya hati tu takde la nak makan sangat, tapi kesian tengok pakcik yang meniaga tu.
takde orang singgah stall dia. hati merasa kasihan.
nasib baik rasanya ok ok jugak.
being me yang tak memilih makan, janji kenyang sudehh..

DSCN9527

up kan air tebu dan jagung rebusss..
memula merasa confuse mau beli jagung bakar atau rebus.
2 minit aku bertafakur depan stall tu, sampai pakcik jagung pun merasa confuse juga.

dan paling penting apa tau, aku beli semua benda alah di bawah.
korang pernah tak cam nampak orang jual barangan longgok begini?
aku syak mungkin cam reject dari kilang kot.
tu sebab dijual murah-murah.

matikkk la perangai kedekut aku semakin menjadi uolls.
jangan ujung-ujung aku pakai sabun syampoo segala nie, rambut menggugur dan badan naik kurap sudehh..
harus aku naik hantoo terbalikkan meja diorang.
cehh.. sendiri kedekut nak blame orang pulak. heh!

DSCN9532

Jom Main Teka Teka

posted by:

DSCN9528

korang, jom main teka-teka nak?
kalau nak la… kalau namo sudehhh…

dulu aku pernah je buat teka-teka nie, tapi tak dapat sambutan uolls. maluuu….
tapi untuk menjadi seorang blogger tegar, takleh rasa putus asa kan.
harus cuba sehingga berjaya..

insyaAllah kalau takde aral lalu melintang patah, aku nak pergi bercuti-cutian esok. sukerrrr….

tu yang aku nak buat main teka-teka nie.
sapa yang dapat teka dengan betul, akan terima jemputan eksklusif ke majlis perkahwinan aku dan encik z.
wah wah wah. eksklusif la sangat. ko hengat ko umie aida? tunang dengan dato? puiii…

aku bagi hint yer. aku bukan bercuti ke australia.
haaa boleh pakai tak hint nie? hihii..
sebut pasal australia, apa cerita kawan negro aku si kumar tu.
dengar kata dah balik kl forever.

ooo.. nak pergi sana, kemain ko pong pang kann..
bila balik, senyap-senyap eh… heh!
motipp emo kat si kumar????

haa teka ek teka…
tapi payiet, kakdiella, kaktini dan encik z dilarang keras menyertai pertandingan teka teka ini.  jangan mengada yerrr…

Tie Saya. Bukan Tie Awak

posted by:

tengah aku dok konon-konon membz di office, tetiba ada sorang mamat sudah buat lintas hormat sebelah aku.
eleh, memang tu je la modus operandi dia tiap kali datang terjah aku kat sini. sudehhh….

DSCN9489

ada la tu niat tersembunyi kalau terjah aku di sini.
tapi kali ni agak lain, niat itu di masukkan dalam pakej pujian dengan penampilan aku di hari kejadian.
nie puji ada makna ka puji ikhlas nie? heee…

pastu dia la bersungguh-sungguh suruh aku berdiri.
nak amik gambar. walaupun sebelum tu aku ada je niat nak amik gambar. kira dia sangat memahami laaa.. sukerrrr…

sebesar rumah aku taruk gambar aku.
sila sediakan baldi di sebelah kalau terasa nak muntah yer..

DSCN9486

ni aku up lagi satu gambar. poyooo jer kan bergambar macam ni.
mamat tu la, beria suruh aku cekak pinggang begitu.
tak natural sungguh.. tapi belasahhh…

DSCN9487

oh yer, ada orang tegur aku tau pasal aku pakai tie di hari kejadian.
katanya haram perempuan islam pakai tie sebegitu.
sebab menyerupai lelaki. huhuhu…
walaupun dengan rambut aku yang panjang mengurai.
dan mekap aku yang sedepa.
dan punggung yang mantop.
ditambah pulak dengan t*t*k yang membuak.
adakah menyerupai lelaki? huhuhu…

tapi takpela, aku amik kata nasihat dia tu sebagai panduan.
yang penting niat yer dak? i namo jadi lelaki uolls.
i perempuan tulen, bang… :p

inilah mamat itu. the one and only my kekasih suara.
awak, jangan lupa nyanyi kat wedding saya nanti ek? *tetiba.

DSCN9490