Date

Blog Maya Dot Com

If you judge people, you have no time to love them…
Breast Cancer Ribbon

Archive for October 1st, 2009

Ekspo Thai @ Jalan Genting Klang

posted by:

semalam siapa yang rasa gegar gegaran?
aku tak rasa sebab masa kejadian ada kat cafe office aku nie ha.
mau training bridge.

tapi dalam pukul 6petang lebih camtu, security sudah sound.
semua pun kena tinggalkan perkarangan office.
huhu… so nak taknak, kena la gerak jugak.
tak mau la dituduh penderhaka uolls.
karang kena tembak dengan senapang gajah, berkecaiii…

kemudian pukul 9malam camtu, aku dan encik z ke ekspo thai kat jalan genting klang. eh.. tetiba encik z muncul kan? hohoh.

DSCN9335
: : suasana ekspo : :

nak ikutkan ekspo ni cam biasa jer la. baju dan barangan dari thailand. kata orang pernah pergi bangkok dan hatyai.
so aku takde la heran nauu dengan barang-barang ni semua.
cehh.. baru pergi thailand dah berlagak kan.
orang lain pergi sampai paris, itali sana tak kecohhhh pun.

yang sebenar-benarnya aku mau makan masakan thailand di sini.
harap-harap sedaplah seperti dulu.

DSCN9325
: : si penjual yang tak reti cakap bahasa melayu : :

DSCN9327
: : aku yang tamak mau makan macam-macam : :

aku ambil 3 hidangan. berkongsi kasih dengan encik z.
hidangan pertama adalah kerabu mangga.
dia punya sedappppp…. astaga….. meleleh air hidunggg…
pedas, manis, masin, masam. PERFECTO!

tetiba keluar statement dari mulut encik z.
‘ kerabu mangga paling sedap pernah aku makan ‘.

sambil makan sambil nak nangis uolls sebab punya sebak tahan kesedapnnya.

DSCN9329

hidangan kedua adalah bihun tomyam bersama seafood.
lepas nangis rasa nak meraung la pulak.
sedappppp rasa macam nak terajang perut encik z.
sib baik mak waras lagi.

makan tak pandang kiri kanan dah.
dijamin kesedapannya. terbaikkk wokkk dari ladang.

DSCN9328

dan sebagai penutup dan pencuci mulut bagi kami yang berdarah manis nie *manisss la sangat kannn…

aku up mangga dan pulut. terus rasa nak pitam kat situ.
mengapakah makanan ini semua sedapp sedapppp??? * pengsan

DSCN9330

 

sebelum pulang, aku telah membeli beg pink yang comel ini.
RM18 saja. sukerrrr…

DSCN9336

ekspo ni sampai 17 oktober 2009.
kot-kot la ada sesiapa yang berminat nak pergi. kan.
terletak di jalan genting klang sana.
kalau kau datang dari arah jalan pahang, kau terusssss je.
dia depan lagi dari courts mammoth jalan pahang. :)

Encik Ali Hussain

posted by:

semalam tengah hari aku menapak ke ali hussain kat jalan TAR.
aku ke sana adalah bersempena mau membeli t-shirt untuk inter DG bridge hari jumaat nie.
cam last minute jugak ar aku dapat duit dari pihak yang sepatutnya.
walhal aku dah mintak masa puasa lagi tau….

pastu ujung-ujung aku kena gi beli tshirt sendiri.
ingatkan memang dah ada dalam simpanan commitee. rupanya nan adoo. huhu…
tu yang terpaksa bangat ke ali hussain sana.

ada ke masa aku mention nak pegi ali hussain, boleh si payiet gelakkan aku?
katanya bukan ali hussain la. tapi al-ikhsan.
oi oi oi. walaupun mek ni kaki bangku, tapi mek tau gak la kedai-kedai sokan nie.
usah ler nak propa mek yer.

memang ler wujud al-ikhsan. tapi aku nak pergi yang ali hussain.
sebab setau aku, office aku ni kalau ada apa-apa memang dema beli tshirt kat sini.
dapat murah la kot.

tak banyak pilihan sedia ada. sebab katanya kalau nak yang memenuhi citarasa, kena tunggu sehari 2.
dorang kena amik kat store. ah kuasa la aku nak tunggu segala.
amik yang mana ada sudehh. kena beli kaler merah. ok ada.
cuma saiz la semua pun saiz L. ah nasibb lerrr sapa muat sapa tak muat.

DSCN9323

lepas selesai proses pembelian, kami ke A & W untuk bersantap.
cam best je makan kat sini. takde nak kecoh kecoh beratur ramai orang ke hape ke.
cuma kenapa ek A & W berkira dari segi straw dan sos?
ada amalan pencatuan kah di sini?

My Mya000

lepas makan, kami pun menapak pulang. sekian.

oh, kalau ada yang nak tau tentang ali hussain, boleh klik sini.
kedainya terletak di No. 7, M Floor, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  03-2692 1117.

selamat bershopping!