Saya Sudah Sampai di TLJ

pukul 12.40 tengah hari aku dah gerak dari KL. sekejapan sudah masuk highway PLUS.
ok la kereta tak berapa nak banyak. sambil drive sambil nyanyi lagu raya kuat-kuat.

hujan turun berselang seli. kejap lebat, kejap slow. kejap cerah.
mata aku makin teruk la rasanya. kabur je bila hujan. adakah aku perlu menukar spek baru? huhu…

tak sampai 3 jam aku sudah sampai depan rumah. laju jugak eh aku drive? heee..
tapi tak selaju dulu. ada sekali tu 2 jam setengah sudah sampai… gilaaa…
sib baik tak kena saman. kalau tak, menjawab nak bayar kooo..

lepas salam peluk cium ahli keluarga, lepak-lepak jap, terus aku masuk tidur.
sleepy dan tired uolls. tidur sampai pukul 7malam. not good, not good…

kemudian waktu untuk berbuka. mama masak nasi ulam!!!!!!
oh… lamanya aku tak makan nasi ulam air tangan mama….
sedapppp sangattt… perchayalahhh….

mama kata patut nasi ulam ni buat dari 44jenis ulam. tapi zaman sekarang mana la mau cari begitu banyak ulam. tapi yang ni mama guna 7 jenis ulam pun dah lazattt gilaaa….
nanti 1 fine day, aku nak belajar la buat nasi ulam ni. tapi ntah bila la agaknya ek? huhu..

KakNgah 006

: : nasi ulam yang lazatttt tahap terajang pintu rumah jiran sebelah : :

KakNgah 009

: : sotong kicap, ayam goreng, sayur campur, cencaru sumbat : :

KakNgah 010

: : sambal udang, belanak masin : :

nyah, adakah ko ingat lagi popiah & pulut panggang itu?
itu membuktikan aku tak ponteng puasa okkk… heeee…

KakNgah 008

: : air ribena ais yang benar-benar menghilangkan dahaga : :

KakNgah 002

diakhiri dengan muka budak yang sudah berusia 5 tahun tapi masih minum botol.
dan belum belajar puasa. heh!

aku tengah tonton filem face off ni. sesambil melawat blog kawan-kawan.
sesambil update blog.

suka sangat la filem ni. cam sedih, cam penuh semangat… kemanusiaan.
dan aku memang love love sangat dengan nicholas cage ni. lakonan yang hebat.
filem ni tahun 1997. lama kan.. dah 12 tahun.

dah dah. aku nak sambung tonton ini filem.
eh.. esok raya kan? *shuffle

7 thoughts on “Saya Sudah Sampai di TLJ

  1. Salam mya… dh smpai kg dh… alhamdulilla ler, maklum la… 2-3 hari ni byk sgt kemalangan ngeri dgr kt TV.. kena hati2 la bila memandukn.. heheheheh… semoga lebaran ni membawa seribu kebahagian…
    Salam lebaran dari sy… 🙂

Comments are closed.