Blog Maya Dot Com

My Vijay

kalau hari sabtu aku naik hantoo dengan lebuhraya LEKAS, hari ahad pula adalah hari bermalas-malasan di rumah.

bermalasan sambil membuat kerja office di rumah.
cehh.. rajin sangat la kan. walhal terpaksa bangattt nih…
rajin? tapi malas? bagaimanakah itu?

aterrrr… aku kan jaga 2 orang bos. JM & CFZ.
jadi di musim-musim perayaan ni, kena kerja keras sikit la diorang. kena membalas kad raya dari peminat. katanya..

memang berbaloi baloi la aku bawak balik kerja ni semua.
berjaya disiapkan. kalau kat office tu, banyak nauu gangguan.

DSCN8816

sesambil buat kerja, sesambil aku melayan filem tamil.
being me, aku dan filem tamil memang tidak dapat dipisahkan.
rezeki aku plak hari ahad tu, hero filem adalah hero pujaan hati akuuuuu….. filem ni apa ke tajuknya ntah. thavagathy? ke thagavathy?

kira nama watak hero dalam ini pilem laa…
heronya ialah vijay uolls… uolls kenal tak?
tak kenal pun takpe. hihihi…

filem ini sangat best tau. emosi je haku menonton seorang diri.
tentang kasih sayang seorang abang kepada adiknya.
dan kemudian moral cerita ialah apabila kita menjadi seorang yang baik, kita akan selalu dihina dan dikeji.

jadi hero ini terpaksa menjadi jahat supaya tidak dikeji lagi.
kira ala-ala robinhood la. sob sob sob…

DSCN8820

handsome kan vijay ni? *terus feeling sridevi uolls.. hikss..

    6 thoughts on “My Vijay

      1. mya

        tah nyer.. buat rugi bayar je tau…

        akak ni dok pikir dh byr je kan.. tu yg semangat lebih..
        wlaupun masih kedaung lagi ni.. huhu..