Awas Looo Lebuhraya LEKAS!

hari jumaat malam adil sampai lcct dari KK sana. agak meriah la kot raya tahun ni sementelaah semua pun ada.
cuma kaklong sefamily je sampai TLJ raya pertama, malam. tak kisah la kan, janji balik.

jumaat malam tu aku jemput adil kat kl sentral. jangan ngada nak suh aku amik kat lcct sana. pitamm aku sesat sampai ke johor kang. heee…

pagi-pagi sabtu plak aku hantar adil gi puduraya. ingatkan dia mau terus pulang ke TLJ, rupa-rupanya mau berjumpa kawan di melaka pulak. ok apa-apa je la. jangan awak tak jumpa jalan pulang sudah yaa..

lepas drop dia kat puduraya, aku zass ngamik encik z pulak.
kami sudah berjanji sehidup semati mau ke nilai 3 sana.
call punya call punya call panggilan aku tidak dijawab.
ini boleh mendatangkan amarahhh…

selepas panggilan ke 10 baru la terdengar suara serak-serak basah menjawab. tunggu punya tunggu dalam 15 minit pastu baru la kami gerak ke nilai 3 dengan hati riang gembira.

memula amarah, kemudian gembira.  hihihi…

DSCN8810

DSCN8811

dalam 3 jam jugak la spent masa kat sini. belek-belek dan godek-godek apa yang patut. panas adalah menterik. dugaan….

DSCN8808: : hantaran yang kiut miuttt : :

dari nilai 3 terus berdesuppp pulang.  cadangnya nak singgah rumah kaklong dulu.  masa nak keluar tu, kami of coz la cari lebuhraya PLUS kan.  kata nanti nak exit kat puchong.

tapi nan hadoo signboard PLUS nya.  yang adoo cuma lebuhraya LEKAS.  tanpa fikir panjang, kami pun exit di zitu.  tapi ampun uolls…
hazabbbbbb….

di pertengahan jalan encik z sudah naik hantooooo…
tah mana-mana jalan la lebuhraya LEKAS ni bawak oiiii…
kitorang exit kat bangi. tapi ntah mana celah bedah jalan kampung kitorang terpaksa harokkk…
batal separuh puasa kitorang dek aktiviti mencerca lebuhraya LEKAS ni. awassss loo…

ujung-ujung kami terdampar kat petronas section 15, bandar baru bangi. satu jam setengah uolls dari nilai ke bangi. apa kaaa???

singgah LEP. tapi kaklong takdak. fly ke perth.
ada abang long dengan caca je la.
aku bagi hadiah birthday kat caca. sebuah beg yang bernama sasha. comellll…

caca
DSCN8814

dok layan-layan caca sampai dia tertidur, kemudian encik z dan aku pun pulang lah ke pangkal jalan. sekian.

    4 thoughts on “Awas Looo Lebuhraya LEKAS!”

    1. leburaya lekas? aku tak pernah dengar lak. Ko sampai sana reti, tapi nak balik tak reti plak?! ayoyo. Caca makin menembam chumel uolls

    Comments are closed.