Pulau Perhentian – Kisah Sedih :(

jumaat, lepas abih opis aku berjalan ke sogo untuk membeli jajan. berjalan bersama-sama abang buls sambil mengadu domba hal-hal yang perlu diadukan. lepas habih beli jajan, joint makan satay dengan apau dan idajelita kat restoran yang sungguh panas cuaca didalamnya. *kesat peluh*

jalan kaki balik opis, mandi kat gym dan amik beg dalam myavi. ntah taktau macam mana, masa nak tutup pintu myavi, carik kunci. carik punya carik punya carik, tak jumpaaa… kelam kabut carik dengan bantuan idajelita & fina. tak jumpa gak… pastuh kekasih laling sms. “oit nko kt tandas dok mekap ke? org dh nk gerak ni”.

uwaaaaa…. mana kunci myavi nieee…???? call kekasih laling & kekasih perlu untuk mengkhabarkan berita duka ini. dedua turun padang tolong carik. bongkar beg, selongkar dalam myavi, pun masih takde. oleh kerana keadaan tengah genting, terpaksa lock jugak lah, memandangkan bas pun dah dok tunggu nak gerak.

kunci spare ada kat jasmine. tapi baru teringat. alamakkkk… kunci jasmine ada dalam myavi!!!! haiyaaa… tingkap myavi pulak telah ditutup serapat-rapatnya. aiseyy men… spoil mood betullah… *ketap bibir*

habih macam mana nie..?? apa yang perlu aku lakukan..?? pecahkan myavi atau pecahkan jasmine? kita nantikan jawapannya selepas ini. memang sungguh sadisss….. *keluh*