Pulau Perhentian – Episod 1

esok malam aku akan bertolak ke pulau perhentian, terengganu. trip dengan persatuan kakitangan bnm. dengar kata 48 orang semuanya pegi. ramainya…
cuma kurang seronok sebab ada antara geng yang pegi pulau redang tahun lepas dan hutan belum baru-baru nie tak dapat pegi. tapi sib baik idajelita, fina, ayud & rina ada. hmmm… guys pulak kekasih kiut dan kekasih rajuk tak pegi. tapi kekasih suara, kekasih perlu dan kekasih laling ada. cukup lah untuk aku bermanja-manjaan.
aku tak penah sampai lagi pulau perhentian nih. walaupun sebenarnya aku bukan minat sangat pegi pulau-pulau. aku rasa kebanyakan pulau di mana-mana saja macam sama je.  pantai-pantai pun macam kureng ckit. cuma boleh maafkan karambunai yang best itu sajer. best bangat lah sana…
aku lebih suka pegi tempat-tempat yang ada tinggalan sejarah. dan ada mercu tanda. macam eiffel tower ke, eiffel tower ke atau eiffel tower ke.
walau apa pun, kena kumpul duit dan setel hutang piutang dulu, baru boleh pikir untuk jalan-jalan cari pasal nih. mudah-mudahan ada rejeki aku nanti… amin…